Terkini

8/recent/ticker-posts

Header Ads Widget

[Video] Pangsapuri 35 tingkat bersebelahan Burj Khalifa, Dubai musnah dijilat api

Add detik360 on Google
Dapatkan lebih banyak liputan berita sahih dan telus daripada detik360 dengan menambah kami sebagai sumber pilihan di Google.

DUBAI – Sebuah blok pangsapuri setinggi 35 tingkat terbakar di Dubai, Emiriyah Arab Bersatu (UAE) hari ini, lapor laman berita plnews.com.

Pangsapuri 35 tingkat bersebelahan Burj Khalifa di Dubai musnah di jilat api
Kebakaran tersebut berlaku kira-kira pukul 2.20 pagi (waktu tempatan) dan berjaya dipadamkan pada pukul 3.45 pagi. - Pic Youtube

Bangunan yang terletak berhampiran pencakar langit tertinggi dunia, Burj Khalifa itu terbakar dengan api dilihat menyambar setiap tingkat.

Rakaman di lokasi kejadian menunkukkan serpihan bangunan jatuh ke tanah.

Pihak berkuasa masih belum mengesahkan sama ada terdapat mana-mana penduduk yang cedera dalam kebakaran itu.

Jelaga hitam akibat kebakaran itu boleh dilihat menutupi bangunan.

Blok pangsapuri itu adalah sebahagian daripada siri menara yang dipanggil 8 Boulevard Walk oleh Emarr, sebuah syarikat pemaju hartanah yang disokong oleh kerajaan UAE.

Kebakaran tersebut berlaku kira-kira pukul 2.20 pagi (waktu tempatan) dan berjaya dipadamkan pada pukul 3.45 pagi.

Beberapa siri kebakaran melibatkan bangunan pencakar langit di Dubai sejak beberapa tahun kebelakangan ini telah menimbulkan persoalan mengenai keselamatan struktur bangunan dan bahan-bahan lain yang digunakan di negara itu.

Pada malam sambutan Tahun Baru 2015, satu kebakaran melanda Address Downtown, salah satu hotel dan kediaman paling mewah di Dubai yang terletak berhampiran Burj Khalifa. – Agensi

Jangan Terlepas Berita Sahih! ⚡

Ikuti detik360 di pelbagai platform media sosial untuk laporan terpantas terus ke telefon anda.

SERTAI WHATSAPP
SELEPAS

SEBELUM

×
RINGKASAN ARTIKEL

Ringkasan Artikel

⚡ Dijana oleh AI Detik360

    IKLAN