Terkini

8/recent/ticker-posts

Header Ads Widget

Penyokong bolasepak merusuh selepas Belgium tewas mengejut ke atas Maghribi

Add detik360 on Google
Dapatkan lebih banyak liputan berita sahih dan telus daripada detik360 dengan menambah kami sebagai sumber pilihan di Google.

BRUSSELS: Pihak polis terpaksa menutup bahagian tengah Brussels, ‘menembak’ meriam air dan gas pemedih mata bagi menyuraikan orang ramai susulan insiden keganasan ketika dan selepas Maghribi menewaskan Belgium 2-0 dalam saingan Piala Dunia.

Penyokong bolasepak merusuh selepas Belgium tewas mengejut ke atas Maghribi
Kekecohan dan rusuhan di Brussels selepas Belgium tewas mengejut ke atas Maghribi

Puluhan perusuh menterbalikkan dan membakar sebuah kereta serta skuter elektrik, selain membaling kereta dengan batu bata dalam rusuhan berkenaan.

Pihak polis terpaksa campur tangan apabila seorang individu mengalami kecederaan di bahagian muka, kata jurucakap polis Brussels, Van de Keere.

Datuk Bandar Brussels, Philippe Close menggesa orang ramai supaya menjauhkan diri dari pusat bandar dan pihak berkuasa kini sedang melakukan yang terbaik untuk menjaga ketenteraman.

Malah, trafik kereta api bawah tanah dan juga trem turut tertangguh disebabkan insiden itu.

Dilaporkan juga, terdapat juga gangguan sama di bandar Antwerp.

Pihak polis juga berkata, keganasan meletus di bandar pelabuhan Rotterdam, dengan pihak berkuasa cuba meleraikan kira-kira 500 penyokong bola sepak yang membaling polis dengan mercun dan kaca.

Media turut melaporkan kekacauan turut berlaku di ibu negara Amsterdam dan The Hague.

Baca: Maghribi bergaya benam Belgium 2 – 0, satu lagi kejutan Piala Dunia 2022 tercipta

Buat masa ini, tidak dapat dipastikan berapa ramai individu yang ditahan dalam insiden berkenaan. — BERITA HARIAN

Jangan Terlepas Berita Sahih! ⚡

Ikuti detik360 di pelbagai platform media sosial untuk laporan terpantas terus ke telefon anda.

SERTAI WHATSAPP
SELEPAS

SEBELUM

×
RINGKASAN ARTIKEL

Ringkasan Artikel

⚡ Dijana oleh AI Detik360

    IKLAN