Terkini

8/recent/ticker-posts

Header Ads Widget

“Pergi tengok wayang” - seloroh Anwar bila ditanya wartawan di depan rumah beliau

Add detik360 on Google
Dapatkan lebih banyak liputan berita sahih dan telus daripada detik360 dengan menambah kami sebagai sumber pilihan di Google.

“Pergi tengok wayang”, itu reaksi berseloroh Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika diajukan soalan destinasi yang ditujunya selepas keluar dari rumahnya di Sungai Long di Kajang hari ini.

“Pergi tengok wayang” - jawab Anwar bila ditanya wartawan di depan rumah beliau

Kenderaan yang membawa Presiden PKR itu kemudian meninggalkan kediamannya pada kira-kira 11.22 pagi.

Isteri Anwar iaitu Pengerusi Penasihat PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail juga sempat menyapa petugas media yang berkampung di depan rumahnya sebelum beredar pukul 11.15 pagi untuk melawat seorang ahli Angkatan Muda Keadilan (AMK) yang sedang menjalani rawatan di hospital akibat kemalangan sewaktu berkempen pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

“A waiting game,” kata Ahli Parlimen Bandar Tun Razak itu ringkas apabila mengulas mengenai perkembangan politik semasa negara yang diibaratkan sebagai permainan menunggu.

Semalam, Anwar dan Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Tan Sri Muhyiddin Yassin menghadap Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara setelah tiada Ahli Dewan Rakyat yang mendapat kepercayaan majoriti mudah untuk dilantik sebagai Perdana Menteri seperti yang diperuntukkan di bawah Perkara 43(2)(a) Perlembagaan Persekutuan.

Majoriti mudah untuk membentuk kerajaan ialah 112 kerusi, namun ketika ini berlaku situasi Parlimen tergantung apabila tiada parti atau gabungan politik mendapat majoriti mudah untuk membentuk kerajaan Persekutuan.

Keputusan PRU15 pada 19 Nov menyaksikan PH memperoleh 82 kerusi Parlimen, PN (73), Barisan Nasional (30), Gabungan Parti Sarawak (23), Gabungan Rakyat Sabah (enam), Warisan (tiga), Bebas (dua) serta Parti Bangsa Malaysia dan Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat masing-masing satu kerusi.

Sumber: Bernama

Jangan Terlepas Berita Sahih! ⚡

Ikuti detik360 di pelbagai platform media sosial untuk laporan terpantas terus ke telefon anda.

SERTAI WHATSAPP
SELEPAS

SEBELUM

×
RINGKASAN ARTIKEL

Ringkasan Artikel

⚡ Dijana oleh AI Detik360

    IKLAN