Terkini

8/recent/ticker-posts

Header Ads Widget

PRU15: Tanpa Mykad masih boleh mengundi, ini 4 dokumen lain boleh digunakan

Add detik360 on Google
Dapatkan lebih banyak liputan berita sahih dan telus daripada detik360 dengan menambah kami sebagai sumber pilihan di Google.

PILIHAN Raya Umum ke-15 (PRU15) bakal berlangsung tidak lama lagi. Mungkin ramai yang teruja untuk membuang undi pada 19 November nanti bagi memilih pemimpin untuk mentadbir negara.

Tanpa kad pengenalan masih boleh mengundi, ini 4 dokumen lain boleh digunakan
Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) menjelaskan terdapat beberapa dokumen pengenalan diri lain yang boleh anda bawa sewaktu hari pengundian.

Justeru, anda boleh membuat persiapan awal termasuk dokumen yang diperlukan.

Umum mengetahui kad pengenalan atau MyKad (identity card-IC) adalah salah satu dokumen yang perlu ada. Bagaimana pula jika dalam situasi ini ada yang kehilangan kad pengenalan?

Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) menjelaskan terdapat beberapa dokumen pengenalan diri lain yang boleh anda bawa sewaktu hari pengundian.

“ALAMAK TERLUPA BAWA KAD PENGENALAN (MYKAD)! ADAKAH PERLU PATAH BALIK KE RUMAH?”

“Sabar! Jangan panik kerana dokumen-dokumen lain selain kad pengenalan masih boleh digunakan semasa mengundi.

Berikut adalah dokumen penting yang boleh menggantikan kad pengenalan semasa mengundi,” jelasnya menyenaraikan lima dokumen lain yang boleh digunakan.

Selain MyKad (Kad Pengenalan, anda boleh menggunakan:

  1. Pasport
  2. Lesen memandu
  3. Dokumen Pengenalan Sementara (JPN. KPPK09)
  4. Resit Laporan Kehilangan Kad Pengenalan (JPN. KPPK11) (disahkan Jabatan Pendaftaran Negara)

Selain membawa dokumen pengenalan, penting untuk anda mengetahui lokasi pusat mengundi.

Perkara ini mungkin mengelirukan terutama bagi pengundi kali pertama terutamanya yang berumur 18 tahun.

Anda boleh menyemaknya di pautan MySPRSemak

Semoga bermanfaat!

Jangan Terlepas Berita Sahih! ⚡

Ikuti detik360 di pelbagai platform media sosial untuk laporan terpantas terus ke telefon anda.

SERTAI WHATSAPP
SELEPAS

SEBELUM

×
RINGKASAN ARTIKEL

Ringkasan Artikel

⚡ Dijana oleh AI Detik360

    IKLAN