Terkini

8/recent/ticker-posts

Header Ads Widget

Tonton: Penceramah ini dakwa minum susu berlebihan boleh mengundang kutu

Add detik360 on Google
Dapatkan lebih banyak liputan berita sahih dan telus daripada detik360 dengan menambah kami sebagai sumber pilihan di Google.

Penceramah bebas ini dakwa minum susu berlebihan boleh mengundang kutu. Beliau adalah Siti Afifah Shahbudin sekali lagi menarik perhatian orang ramai gara-gara mendakwa minum susu berlebihan boleh mengundang jangkitan kutu.

Penceramah ini dakwa minum susu berlebihan boleh mengundang kutu
Tangkap layar video TikTok penceramah Siti Afifah Shahbudin yang mendakwa minum susu berlebihan boleh mengundang kutu.

Video yang dimuat naik di akaun media sosialnya mengundang pelbagai reaksi orang ramai yang rata-rata menyoalkan kredibilitinya dan kesahihan maklumat tersebut.

“Ramai orang tidak tahu, antara punca kutu ialah minum susu yang berlebihan,” kata Siti Afifah dalam video tersebut.

Sehingga kini, video tersebut telah mendapat tontonan lebih 27,000, 240 tanda suka dan 143 perkongsian.

Di ruangan komen, ramai yang kelihatan tidak percaya akan maklumat yang dikongsi kerana meragui kredibiliti Siti Afifah yang bukannya seorang doktor kesihatan atau pakar pemakanan untuk bercakap tentang topik berkenaan.

Penceramah ini dakwa minum susu berlebihan boleh mengundang kutu
Tangkap layar komen TikTok  sebahagian netizen  terhadap video penceramah Siti Afifah Shahbudin yang mendakwa minum susu berlebihan boleh mengundang kutu.

“Kejap pakar makanan, kejap ustazah, kejap doktor,” kata @khairuddintaha590

Dalam pada itu, ramai juga yang berkata mereka tidak pernah mengalami situasi dijangkiti kutu hanya kerana minum susu berlebihan selama ini.

“Alhamdulillah saya dah berumur, selalu minum susu tidak ada pula kutu,” kata @suhainaza.

Terdahulu, Siti Afifah Shahbudin pernah tular di media sosial gara-gara lantang melabelkan golongan suami sebagai dayus kerana membenarkan doktor lelaki melihat kemaluan isteri ketika menyambut kelahiran bayi. – Kosmo!

Jangan Terlepas Berita Sahih! ⚡

Ikuti detik360 di pelbagai platform media sosial untuk laporan terpantas terus ke telefon anda.

SERTAI WHATSAPP
SELEPAS

SEBELUM

×
RINGKASAN ARTIKEL

Ringkasan Artikel

⚡ Dijana oleh AI Detik360

    IKLAN