Terkini

8/recent/ticker-posts

Header Ads Widget

Argentina juara Piala Dunia 2022 benam Perancis, akhiri penantian selama 36 tahun

Add detik360 on Google
Dapatkan lebih banyak liputan berita sahih dan telus daripada detik360 dengan menambah kami sebagai sumber pilihan di Google.

DOHA, 19 Disember- Argentina menamatkan penantian selama 36 tahun untuk menjulang trofi Piala Dunia, mengatasi Perancis 4-2 menerusi penentuan sepakan penalti.

Argentina juara Piala Dunia 2022 benam Perancis, akhiri penantian selama 36 tahun
(Lionel Messi bersama rakan sepasukan meraikan kemenangan menjulang trofi Piala Dunia 2022 apabila menewaskan Perancis pada perlawanan akhir di Stadium Lusail, Qatar pada 18 Disember 2022/Foto AFP)

Ini selepas kedua-duanya terikat 3-3 sehingga 120 minit perlawanan.

Kejayaan turut menyaksikan pasukan bimbingan Lionel Scaloni itu menamatkan dominasi 20 tahun pasukan Eropah.

Perlawanan di Stadium Lusail tersebut memperlihatkan skuad 'La Albiceleste' bermula garang dengan dua gol dihadapan pada babak pertama.

Masing-masing disumbangkan penyerang Lionel Messi dan Angle Di Maria.

Perancis yang turun selaku juara edisi 2018, bangkit dari ketinggalan menyamakan kedudukan dalam masa seminit menerusi penyerang, Kylian Mbappe 10 minit sebelum perlawanan tamat.

Aksi dramatik itu memaksa perlawanan diheret ke waktu tambahan dengan Messi sekali lagi menjadi penyumbang gol ketiga.

Manakala Mbappe menjaringkan gol hatrik dua minit sebelum perlawanan tamat.

Jangan Terlepas Berita Sahih! ⚡

Ikuti detik360 di pelbagai platform media sosial untuk laporan terpantas terus ke telefon anda.

SERTAI WHATSAPP
SELEPAS

SEBELUM

×
RINGKASAN ARTIKEL

Ringkasan Artikel

⚡ Dijana oleh AI Detik360

    IKLAN