Terkini

8/recent/ticker-posts

Header Ads Widget

Buaya gergasi sepanjang 5m ditangkap, disyaki baham seorang remaja perempuan

Add detik360 on Google
Dapatkan lebih banyak liputan berita sahih dan telus daripada detik360 dengan menambah kami sebagai sumber pilihan di Google.

SEEKOR buaya gergasi sepanjang lima meter berjaya ditangkap penduduk di daerah Karossa, wilayah Pasangkayu Sulawesi Barat, semalam.

Buaya gergasi sepanjang 5 meter ditangkap, disyaki baham remaja perempuan
Buaya gergasi sepanjang 5 meter ditangkap, disyaki baham remaja perempuan

Sang bedal itu disyaki reptilia yang membaham seorang remaja perempuan dalam kejadian pada petang Selasa di Sungai Benggaulu.

Rakaman sang bedal yang dirakam di Jalan Poros Majene-Mamuju, Benggaulu itu tular ketika penduduk kampung berusaha menaikkan reptilia itu ke atas sebuah lori.

Memetik laporan Tribune News, buaya tersebut ditangkap lima jam sebelum mayat seorang remaja perempuan berusia 19 tahun ditemukan.

Mayat mangsa ditemukan lapan kilometer dari lokasi kejadian pagi semalam.

Mangsa yang dikenali sebagai Sinar disambar buaya ketika mandi bersama empat orang lagi.

Difahamkan mayat mangsa telah diserahkan kepada keluarga mangsa di Dusun Benggaulu Utara, Desa Benggaulu untuk dikebumikan.

Jangan Terlepas Berita Sahih! ⚡

Ikuti detik360 di pelbagai platform media sosial untuk laporan terpantas terus ke telefon anda.

SERTAI WHATSAPP
SELEPAS

SEBELUM

×
RINGKASAN ARTIKEL

Ringkasan Artikel

⚡ Dijana oleh AI Detik360

    IKLAN