Terkini

8/recent/ticker-posts

Header Ads Widget

Kalah kepada Croatia, Brazil sedang ‘berkabung’ Neymar enggan fikir masa depan

Add detik360 on Google
Dapatkan lebih banyak liputan berita sahih dan telus daripada detik360 dengan menambah kami sebagai sumber pilihan di Google.

DOHA: Neymar memerlukan masa untuk ‘berkabung’ selepas penyingkiran Brazil dari Piala Dunia 2022, dan enggan memikirkan mengenai masa depannya di pentas antarabangsa.

Kalah kepada Croatia, Brazil sedang ‘berkabung’ Neymar enggan fikir masa depan
Kalah kepada Croatia, Brazil sedang ‘berkabung’ Neymar enggan fikir masa depan

Brazil, pilihan utama untuk membawa pulang Piala Dunia buat kali keenam disingkirkan oleh naib juara empat tahun lalu, Croatia menerusi penentuan sepakan penalti 4-2 selepas aksi suku akhir di Stadium Education City awal pagi tadi berkesudahan 1-1.

Neymar membuka tirai jaringan dengan gol cantik pada pertengahan masa tambahan, sekali gus membolehkannya menyamai rekod legenda Brazil, Pele dengan meledak 77 gol buat negara.

Begitupun, Bruno Petkovic menjaringkan gol penyamaan ketika perlawanan berbaki tiga minit, sebelum Rodrygo dan Marquinhos gagal menyempurnakan sepakan penalti.

“Perasaan sekarang sangat teruk. Hari ini lebih teruk daripada apa yang berlaku pada masa lalu.

“Malangnya, sukar untuk mencari perkataan bagi menggambarkan detik ini. Kami mencuba, kami berjuang, dan saya bangga dengan semua rakan sepasukan saya.

“Saya bangga dengan keperibadian mereka, mengambil penalti, watak mereka, kerana bukan mudah untuk memikul tanggungjawab itu.

“Bukan sahaja dia, tetapi kami semua akan belajar daripada kekalahan ini. Saya tidak tahu apa yang akan berlaku mulai sekarang dalam pasukan Brazil tetapi kini tiba masanya untuk berkabung,” kata penyerang Paris Saint-Germain (PSG) itu. – AGENSI/ Utusan

Jangan Terlepas Berita Sahih! ⚡

Ikuti detik360 di pelbagai platform media sosial untuk laporan terpantas terus ke telefon anda.

SERTAI WHATSAPP
SELEPAS

SEBELUM

×
RINGKASAN ARTIKEL

Ringkasan Artikel

⚡ Dijana oleh AI Detik360

    IKLAN