Terkini

8/recent/ticker-posts

Header Ads Widget

Pemancing berjaya naikkan patin seberat 190 kg selepas bertarung sejam setengah

Add detik360 on Google
Dapatkan lebih banyak liputan berita sahih dan telus daripada detik360 dengan menambah kami sebagai sumber pilihan di Google.

BANGKOK – Seorang pemancing dari Britain berjaya menangkap seekor patin seberat 190 kilogram (kg) yang dipercayai antara terbesar di dunia selepas bertarung selama satu jam setengah untuk menaikkan ikan gergasi itu di Thailand, lapor portal berita MailOnline semalam.

Pemancing berjaya naikkan patin seberat 190 kg selepas bertarung sejam setengah
Pemancing berjaya naikkan patin seberat 190 kg selepas bertarung sejam setengah

Dean McEwan, 36, menangkap ikan itu di Sungai Mekong ketika melakukan aktiviti memancing di kolam ikan Palm Tree Lagoon Fishery.

Disebabkan terlalu besar, tiga lelaki lain perlu membantu McEwan untuk memasukkan ikan patin tersebut ke dalam jaring bagi membolehkan berat dan saiznya diukur.

Haiwan gergasi itu mempunyai panjang 213 sentimeter (sm) dan seberat 190 kg.

Meskipun tiada rekod rasmi bagi kategori ‘catfish’ terbesar yang ditangkap oleh pemancing Britain di Thailand, hasil tangkapan McEwan mungkin adalah yang terbesar.

“Ketika itu adalah waktu tengah hari, di mana saya mengalihkan pandangan seketika daripada joran sebelum terdengar bunyi kuat pada batang pancing.

“Ia benar-benar menguji stamina. Selepas sejam setengah bertungkus-lumus, kami berjaya menaikkan ikan dan berehat seketika,” kata McEwan.

Selepas mengambil ukuran berat dan panjang serta merakam gambar kenang-kenangan, McEwan melepaskan semula ikan patin itu ke dalam tasik.

Sementara itu, seorang ekspatriat Britain yang mengendalikan kolam ikan itu bersama isteriya, Tim Webb berkata, ia merupakan ikan patin terbesar di tasik itu dan mungkin yang terbesar di Thailand. – Agensi

Jangan Terlepas Berita Sahih! ⚡

Ikuti detik360 di pelbagai platform media sosial untuk laporan terpantas terus ke telefon anda.

SERTAI WHATSAPP
SELEPAS

SEBELUM

×
RINGKASAN ARTIKEL

Ringkasan Artikel

⚡ Dijana oleh AI Detik360

    IKLAN