Terkini

8/recent/ticker-posts

Header Ads Widget

Tiga butir bom paip dilontar ke arah anggota keselamatan, 4 cedera dalam 2 serangan

Add detik360 on Google
Dapatkan lebih banyak liputan berita sahih dan telus daripada detik360 dengan menambah kami sebagai sumber pilihan di Google.

YALA, Thailand: Dua serangan terancang terhadap dua kemudahan keselamatan di Benan Setar, Yala, selatan Thailand pada Rabu, menyebabkan empat anggota terdiri daripada tiga renjer dan seorang sukarelawan cedera.

Tiga butir bom paip dilontar ke arah anggota keselamatan, 4 cedera dalam 2 serangan
Serangan terbaru itu menyebabkan pihak keselamatan selatan Thailand mempertingkatkan kawalan di kem, markas dan pusat kawalan tentera. (Gambar Facebook)

Ketua Polis Daerah Benan Setar Sayutee berkata dalam insiden pertama pada 7 malam (waktu tempatan), sekumpulan individu tidak dikenali melontar tiga butir bom paip ke arah Markas Renjer.

“Tiga renjer yang sedang bertugas cedera dan mereka dikejarkan ke hospital untuk menerima rawatan lanjut,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata dalam insiden kedua yang juga berlaku pada 7 malam (waktu tempatan) hari yang sama, dua lelaki tidak dikenali melepaskan tembakan rambang ke arah pusat kawalan keselamatan dan menyebabkan seorang sukarelawan cedera parah.

Sementara itu, Komander Tentera Bahagian Keempat Santi Sakuntanark berkata beliau telah mengarahkan pihak keselamatan mempertingkatkan kawalan di kem, markas dan pusat kawalan tentera. - Bernama

Jangan Terlepas Berita Sahih! ⚡

Ikuti detik360 di pelbagai platform media sosial untuk laporan terpantas terus ke telefon anda.

SERTAI WHATSAPP
SELEPAS

SEBELUM

×
RINGKASAN ARTIKEL

Ringkasan Artikel

⚡ Dijana oleh AI Detik360

    IKLAN