Terkini

8/recent/ticker-posts

Header Ads Widget

Lelaki tular mengamuk di sekolah sekadar latihan demonstrasi keselamatan

Add detik360 on Google
Dapatkan lebih banyak liputan berita sahih dan telus daripada detik360 dengan menambah kami sebagai sumber pilihan di Google.

POLIS mengesahkan video tular memaparkan lelaki membawa sebatang kayu dan mengamuk di kawasan sebuah sekolah di Seremban dua hari lepas merupakan sebahagian daripada latihan demonstrasi keselamatan sekolah terbabit.

Lelaki tular mengamuk di sekolah sekadar latihan demonstrasi keselamatan

Ketua Polis Daerah Seremban ACP Nanda Maarof berkata sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan supaya tidak lagi membuat kenyataan dan spekulasi tidak berasas berkenaan video berkenaan.

“Hasil semakan lanjut mendapati kejadian tersebut berlaku di sebuah sekolah di Sikamat dan pihak sekolah mengesahkan ia merupakan sebahagian daripada latihan demonstrasi keselamatan yang dijalankan pada 1 Feb lepas di sekolah itu,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Terdahulu, tular video berdurasi 1.03 minit memaparkan seorang lelaki membawa sebatang kayu mengamuk dalam kawasan sekolah kerana anaknya dipukul oleh guru sehingga menimbulkan salah faham awam. - Bernama

Jangan Terlepas Berita Sahih! ⚡

Ikuti detik360 di pelbagai platform media sosial untuk laporan terpantas terus ke telefon anda.

SERTAI WHATSAPP
SELEPAS

SEBELUM

×
RINGKASAN ARTIKEL

Ringkasan Artikel

⚡ Dijana oleh AI Detik360

    IKLAN