Nassry Mardee Ismail atau lebih dikenali sebagai Cikgu E disahkan meninggal dunia sebentar tadi.
Allahyarham Cikgu E meninggal dunia selepas berperang penyakit kanser paru-paru tahap empat
Berita mengenai pemergian Nassry Mardee Ismail disahkan menerusi hantaran di Facebook Allahyarham sebentar tadi.
“Allahyarham telah meninggalkan kita semua. Moga Allah ampuni dia, rahmati dia, maafkan dia, muliakan kematian dia, lapangkan kubur dia, dan berilah kesabaran kepada ahli keluarganya, termasuk isteri tercinta,” tulis hantaran tersebut.
Ringkasan AI:
- Cikgu E atau Nassry Mardee Ismail meninggal dunia hari ini.
- Kematian disahkan melalui Facebook Allahyarham.
- Beliau terkenal sebagai guru yang inspiratif dan tabah menghadapi kanser paru-paru.
- Allahyarham bertarung nyawa dengan penyakit kanser tahap empat.
- Anaknya memaklumkan majlis pengkebumian di Masjid Al-Ansar, Meru.
- Solat jenazah diadakan sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Meru Raya.
- Kisahnya menjadi inspirasi ramai kerana sentiasa tersenyum dan tidak mengalah.
- Keluarga dan isteri tercinta dirindui pemergiannya.
Kisah Cikgu E menjadi inspirasi
Dalam hantaran berbeza, anak Cikgu E memaklumkan bapanya akan dikafankan dan disolatkan di Masjid Al-Ansar, Meru pada pukul 7.30 petang sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Meru Raya.
Sebelum ini, kisah Cikgu E tular di media sosial apabila beliau bertarung nyawa melawan penyakit kanser paru-paru tahap empat.
Kisah Allahyarham menjadi inspirasi orang ramai kerana sentiasa tersenyum dan tidak pernah menyerah walaupun hanya mempunyai 30 peratus baki saluran pernafasan yang masih berfungsi.
Kata kunci: Nassry Mardee Ismail, Cikgu E, isteri tercinta, meninggal dunia, bertarung nyawa, kanser paru-paru