Terkini

8/recent/ticker-posts

Header Ads Widget

Istilah 'Muslim Choice' tidak diiktiraf sebagai penanda halal - JAKIM

Add detik360 on Google
Dapatkan lebih banyak liputan berita sahih dan telus daripada detik360 dengan menambah kami sebagai sumber pilihan di Google.

KUALA LUMPUR, 3 November - Istilah “Muslim Choice” tidak diiktiraf sebagai penanda halal yang halal. Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Datuk Dr. Sirajuddin Suhaimee menerusi satu kenyataan berkata, istilah diperkenalkan Muslim Friendly Watch (MFW) itu boleh menimbulkan kekeliruan dalam kalangan masyarakat berhubung status halal sesuatu produk atau premis.

Istilah 'Muslim Choice' tidak diiktiraf sebagai penanda halal - JAKIM
Istilah 'Muslim Choice' tidak diiktiraf sebagai penanda halal - JAKIM

Jelasnya, sebarang penggunaan logo, simbol, istilah, kenyataan atau ungkapan yang membawa maksud halal yang dikeluarkan oleh mana-mana pihak selain JAKIM, Majlis Agama Islam Negeri atau Jabatan Agama Islam Negeri adalah tidak sah serta menyalahi peraturan.

"Perbuatan itu boleh menjejaskan integriti sistem pensijilan halal negara dan mengelirukan pengguna Muslim," menurut beliau dalam kenyataan itu.

Kenyataan itu dikeluarkan selepas JAKIM menerima maklumat MFW membuat penarafan itu untuk memberi keyakinan kepada pengguna Muslim mengenai produk atau premis yang diiktiraf pertubuhan berkenaan sebagai berkualiti, bersih, selamat serta selari prinsip Islam.

Satu pertemuan telah diadakan antara JAKIM dengan MFW pada 23 Ogos lalu, memaklumkan pengiktirafan "Muslim Choice" diberikan pertubuhan terbabit boleh mendatangkan kekeliruan dalam kalangan masyarakat.

Pada pertemuan itu, katanya, JAKIM turut meminta MFW menghentikan tindakan berkenaan. "Bagaimanapun, berdasarkan aduan daripada pihak berkuasa agama negeri, MFW dikesan masih meneruskan aktiviti terbabit," tambahnya.

Jangan Terlepas Berita Sahih! ⚡

Ikuti detik360 di pelbagai platform media sosial untuk laporan terpantas terus ke telefon anda.

SERTAI WHATSAPP
SELEPAS

SEBELUM

×
RINGKASAN ARTIKEL

Ringkasan Artikel

⚡ Dijana oleh AI Detik360

    IKLAN