Kuala Lumpur: Pejuang kanser, Nassry Mardee Ismail, 45, atau lebih dikenali sebagai Cikgu E, yang dimaklumkan hanya mempunyai 30 peratus baki saluran pernafasan masih berfungsi, menjalani rawatan double immunotherapy hari ini.
![]() |
| NASSRY Mardee Ismail, 45, atau lebih dikenali Cikgu E. FOTO Facebook Cikgu E |
Rawatan Double Immunotherapy Cikgu E di Ipoh
Rawatan untuk membantu memerangi kanser dalam sistem imun itu dijalaninya selepas dimasukkan ke sebuah hospital swasta di Ipoh, Perak, sejak beberapa hari lalu.
"Saya rawatan immunotherapy hari ini," katanya ringkas ketika dihubungi Harian Metro.
Pesanan Menyentuh Hati Untuk Keluarga
Terdahulu tular status terakhir untuk keluarga tersayang yang dimuat naiknya di Facebook peribadi sehingga menyentuh hati rakyat Malaysia.
Menerusi hantaran berkenaan, Cikgu E menitip pesanan dan doa buat isteri tersayang serta lima anaknya andai suatu hari nanti beliau pergi meninggalkan mereka.
"Buat isteri tercinta, terima kasih kerana menjadi tiang doa dan kekuatan saya sejak dari awal perjalanan ini."
"Awak bukan sekadar isteri, tapi rahmat paling indah yang Allah pinjamkan."
"Teruslah hidup dengan tenang, jangan sesekali bersedih lama-lama."
"Saya mahu awak bahagia, sebab bahagia awak itu tanda saya tenang di sana," tulisnya.
Selain itu, Cikgu E turut berpesan kepada anak sulungnya, Hakeem supaya menjaga keluarga.
Beliau turut berpesan kepada empat anaknya yang lain untuk sentiasa sabar, kuat, ceria serta terus mendoakannya.
"Abah sayang kamu semua sampai ke syurga, insyaAllah."
"Kalau rindu pandang langit dan senyum... sebab di situ juga abah sedang mendoakan kamu," tulisnya lagi.
Ringkasan AI:
- Cikgu E hanya mempunyai 30% baki fungsi pernafasan.
- Menjalani rawatan double immunotherapy di Ipoh.
- Muat naik pesanan menyentuh hati untuk isteri dan lima anaknya.
- Pesanannya untuk isteri agar terus bahagia dan kuat.
- Anak sulung Hakeem disuruh menjaga keluarga.
- Empat anak lain diingatkan sabar, ceria, dan mendoakan beliau.
- Perjuangan kanser paru-paru tahap empat sejak Mac 2024.
- Memerlukan dana rawatan lebih RM500,000 selepas takaful RM300,000 tidak mencukupi.
Perjuangan Melawan Kanser Tahap Kritikal
Media sebelum ini melaporkan, bekas guru enggan menyerah kalah melawan kanser paru-paru tahap empat yang dihidapinya walaupun hanya mempunyai 30 peratus baki saluran pernafasan masih berfungsi.
Perjuangannya melawan tiga jenis kanser, iaitu kanser buah pinggang, kanser kelenjar dan kanser paru-paru sejak Mac 2024 kini memasuki fasa kritikal.
Beliau bertekad untuk terus 'bernafas' demi isteri dan lima cahaya matanya.
Bapa kepada tiga cahaya mata perempuan dan dua lelaki berusia antara lapan hingga 19 tahun itu dilapor berkata, dia kini hanya mampu menghabiskan masanya 24 jam dalam keadaan duduk serta bergantung kepada bantuan oksigen.
Dia sebelum ini seorang atlet dan pelari maraton.
Keperluan Dana Rawatan Imunoterapi
Sekarang beliau memerlukan dana kira-kira RM200,000 bagi menampung kos rawatan double immunotherapy yang dianggarkan melebihi RM500,000.
Perlindungan takaful sedia ada sebanyak RM300,000 tidak mencukupi.
Kata Kunci: kanser, keluarga tersayang, isteri tercinta, bersedih, cahaya mata perempuan
