BALING: Seorang lelaki, yang baru sahaja berkahwin dua hari, ditemui meninggal dunia dalam keadaan tergantung pada pokok semambu di Kampung Lubuk Kabu, Kuala Pegang dekat sini, pada pagi ini.
|
| Lokasi seorang lelaki ditemui maut tergantung pada pokok semambu di Kampung Lubuk Kabu, Kuala Pegang, hari ini. - Foto ihsan polis |
Menurut Pemangku Ketua Polis Daerah Baling, Deputi Superintendan Ahmad Salimi Md Ali, pihak polis menerima maklumat daripada orang awam pada jam 11.30 pagi mengenai penemuan mayat tersebut.
Beliau berkata, pasukan dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Baling segera bergerak ke lokasi bagi menjalankan siasatan awal.
Ringkasan AI:
- Lelaki 34 tahun, baru dua hari berkahwin, ditemui maut tergantung pokok semambu.
- Kejadian berlaku di Kampung Lubuk Kabu, Kuala Pegang, Baling.
- Polis menerima aduan pada jam 11.30 pagi dan segera ke lokasi kejadian.
- Mayat dibawa ke Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar untuk bedah siasat.
"Hasil pemeriksaan di tempat kejadian mendapati si mati, berusia 34 tahun, adalah penduduk tempatan.
Lelaki itu dipercayai telah memanjat pokok semambu setinggi hampir lima meter berhampiran sebuah rumah.
Si mati juga baru sahaja mendirikan rumah tangga selama dua hari," katanya dalam kenyataan rasmi hari ini.
Ahmad Salimi menambah bahawa petugas dari Klinik Kesihatan Kupang telah mengesahkan kematian lelaki itu di lokasi kejadian.