Terkini

8/recent/ticker-posts

Header Ads Widget

Papagomo ditahan lagi atas tuduhan buat kenyataan berbaur hasutan

Add detik360 on Google
Dapatkan lebih banyak liputan berita sahih dan telus daripada detik360 dengan menambah kami sebagai sumber pilihan di Google.

KUALA LUMPUR: Penulis blog kontroversi, Wan Azri Wan Deris atau lebih dikenali sebagai Papagomo, sekali lagi ditahan polis malam tadi untuk membantu siasatan di bawah Akta Hasutan.

Papagomo ditahan sekali lagi atas tuduhan membuat kenyataan berbaur hasutan
Papagomo ditahan sekali lagi atas tuduhan membuat kenyataan berbaur hasutan

Menurut laporan FMT, Peguam Rafique Rashid Ali berkata, Wan Azri ditahan pada kira-kira 9.30 malam tadi di hadapan rumahnya.

“Beliau tiba di IPD Dang Wangi dan dijangka direman pagi esok (hari ini) pada 9.30 pagi,” katanya dalam satu kenyataan.

Bagaimanapun, Rafique tidak menyatakan kes mana yang menjadi sebab penahanan tersebut.

Wan Azri sebelum ini ditahan pada 26 Oktober lalu pada 12.30 pagi dan direman pada pagi yang sama.

Beliau kini sedang dibicarakan di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas pertuduhan membuat kenyataan berbaur hasutan yang melibatkan Yang di-Pertuan Agong.

Pada 24 September lalu, mahkamah memerintahkan beliau membela diri terhadap pertuduhan itu.

Sebelum itu, pada 3 September, mahkamah yang sama membebaskan beliau daripada satu lagi pertuduhan berhubung kenyataan berunsur hasutan yang mendakwa kerajaan pro-Israel.

Bagaimanapun, Jabatan Peguam Negara (AGC) memaklumkan akan memfailkan rayuan terhadap keputusan pembebasan tersebut.- FMT

Jangan Terlepas Berita Sahih! ⚡

Ikuti detik360 di pelbagai platform media sosial untuk laporan terpantas terus ke telefon anda.

SERTAI WHATSAPP
SELEPAS

SEBELUM

×
RINGKASAN ARTIKEL

Ringkasan Artikel

⚡ Dijana oleh AI Detik360

    IKLAN