Terkini

8/recent/ticker-posts

Header Ads Widget

Pembunuhan beramai-ramai di Gaza, Turkiye keluar waran tangkap terhadap Netanyahu

Add detik360 on Google
Dapatkan lebih banyak liputan berita sahih dan telus daripada detik360 dengan menambah kami sebagai sumber pilihan di Google.

ANKARA: Kerajaan Turkiye telah mengeluarkan waran tangkap terhadap Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, serta beberapa pegawai kanan rejim itu atas dakwaan melakukan pembunuhan beramai-ramai ke atas penduduk di Gaza.

Turkiye keluar waran tangkap terhadap Netanyahu

PENUNJUK perasaan berarak ke ibu pejabat PBB di New York City ketika Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu berucap pada 26 September lalu. – AFP

📋 Ringkasan AI

  • Turkiye mengeluarkan waran tangkap terhadap Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, dan 36 pegawai kanan Israel lain.
  • Antara yang turut disenaraikan Menteri Pertahanan Israel, Israel Katz, Menteri Keselamatan Negara, Itamar Ben Gvir, Ketua Turus Tentera, Lt. Jen. Eyal Zamir
  • Mereka dituduh melakukan pembunuhan beramai-ramai dan jenayah terhadap kemanusiaan terhadap penduduk Gaza.
  • Israel menolak tuduhan tersebut, dengan Menteri Luar Gideon Saar menyifatkannya sebagai “gimik publisiti” oleh Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan.
  • Pendakwa Turkiye turut merujuk kepada serangan Israel pada Mac yang memusnahkan Hospital Persahabatan Turki-Palestin di Gaza.
  • Turkiye sebelum ini telah menyokong tuntutan Afrika Selatan di ICJ yang menuduh Israel melakukan pembunuhan beramai-ramai.
  • Gencatan senjata rapuh masih berkuat kuasa sejak 10 Oktober lalu, sebagai sebahagian daripada pelan damai serantau yang digerakkan Presiden AS, Donald Trump.
  • Hamas menyambut baik tindakan Turkiye itu, menyifatkannya sebagai langkah yang mencerminkan keadilan, kemanusiaan dan solidariti terhadap rakyat Palestin.

Menurut kenyataan Pejabat Pendakwa Raya Istanbul pada Jumaat, seramai 37 individu disenaraikan dalam waran berkenaan. Antara yang terlibat ialah Menteri Pertahanan Israel, Israel Katz; Menteri Keselamatan Negara, Itamar Ben Gvir; serta Ketua Turus Tentera, Leftenan Jeneral Eyal Zamir.

Turkiye menuduh mereka terlibat dalam ‘pembunuhan beramai-ramai dan jenayah terhadap kemanusiaan’ yang didakwa dilakukan secara sistematik terhadap rakyat Palestin di Gaza.

Israel bagaimanapun menafikan dakwaan itu. Menteri Luar, Gideon Saar, menyifatkan tindakan tersebut sebagai “gimik publisiti” oleh Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan.

Dalam kenyataan pendakwa, turut dirujuk ialah serangan Israel pada Mac lalu yang memusnahkan Hospital Persahabatan Turki-Palestin di Gaza, sebuah fasiliti kemanusiaan yang dibangunkan Ankara

Turkiye sebelum ini merupakan antara pengkritik paling lantang terhadap operasi ketenteraan Israel di Gaza dan tahun lalu menyertai kes yang difailkan Afrika Selatan di Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) yang menuduh Israel melakukan pembunuhan beramai-ramai.

Sehingga kini, gencatan senjata yang rapuh masih berkuat kuasa di wilayah Palestin yang telah musnah sejak 10 Oktober lalu, sebagai sebahagian daripada usaha pelan damai serantau yang digerakkan Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump.

Sementara itu, Hamas menyambut baik pengumuman waran tangkap tersebut, menyifatkannya sebagai langkah terpuji yang mencerminkan pendirian tulus kepimpinan Turkiye dalam mempertahankan nilai keadilan, kemanusiaan dan solidariti terhadap rakyat Palestin yang ditindas.

Sumber: AFP

Jangan Terlepas Berita Sahih! ⚡

Ikuti detik360 di pelbagai platform media sosial untuk laporan terpantas terus ke telefon anda.

SERTAI WHATSAPP
SELEPAS

SEBELUM

×
RINGKASAN ARTIKEL

Ringkasan Artikel

⚡ Dijana oleh AI Detik360

    IKLAN