Terkini

8/recent/ticker-posts

Header Ads Widget

Pempengaruh sembang lucah, model wanita warga Russia buat laporan polis

Add detik360 on Google
Dapatkan lebih banyak liputan berita sahih dan telus daripada detik360 dengan menambah kami sebagai sumber pilihan di Google.

Seorang wanita warga Russia membuat laporan polis selepas tular rakaman video yang memaparkan dirinya sewaktu siaran langsung seorang pempengaruh lelaki di sebuah restoran baru-baru ini.

Pempengaruh sembang lucah
Tangkap layar hantaran oleh Alice Kasimova di aplikasi Threads, memaparkan laporan polis terhadap pempengaruh lelaki memberi komen berbaur lucah kepadanya ketika siaran langsung. (Foto Kosmo!)

Menerusi hantaran di Threads, Alice Kasimova memaklumkan, tindakan tersebut diambil selepas dia menerima nasihat daripada orang di sekelilingnya yang bimbang akan keselamatannya.

“Saya pergi ke balai polis bukan kerana marah, tetapi (tindakan) berdiam diri hanya melindungi individu yang menyakitkan orang lain. Tiada wanita patut berasa takut untuk mempertahankan diri,” katanya.

Menerusi perkongsian salinan laporan polis itu, wanita warga asing tersebut membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi pada pukul 5.37 pagi tadi dan masih menunggu tindakan lanjut daripada pegawai penyiasat berhubung kes berkenaan.

Terdahulu, Kosmo! melaporkan tindakan pempengaruh lelaki yang membuat siaran langsung dengan bersembang lucah dengan pengikutnya mengenai seorang wanita yang duduk berdekatan tanpa kebenaran sehingga mengundang kemarahan orang ramai.

Difahamkan, wanita itu dirakam ketika makan di sebuah premis, namun lokasinya tidak diketahui.

Insiden itu mencetuskan kebimbangan dalam kalangan pengguna media sosial yang menggesa orang ramai supaya lebih menghormati privasi dengan tidak merakam atau menyiarkan video seseorang individu tanpa kebenaran.

“Tindakan yang bagus kerana memang begini cara untuk mengajar lelaki yang suka borak lucah agar menghormati wanita,” komen @Vader_joe

“Kamu buat perkara yang betul dengan membuat laporan polis. Harap lelaki itu akan diambil tindakan sewajarnya,” kata Damien.

“Saya bersyukur kerana kamu ambil berat tentang perkara ini kerana komen daripada lelaki-lelaki itu sangat tidak beradab. Harap awak jaga keselamatan supaya tiada perkara begini berlaku kepada kamu selepas ini,” komen @Redrai68 - Kosmo Online.

Jangan Terlepas Berita Sahih! ⚡

Ikuti detik360 di pelbagai platform media sosial untuk laporan terpantas terus ke telefon anda.

SERTAI WHATSAPP
SELEPAS

SEBELUM

×
RINGKASAN ARTIKEL

Ringkasan Artikel

⚡ Dijana oleh AI Detik360

    IKLAN