Terkini

8/recent/ticker-posts

Header Ads Widget

Serbuan polis Teluk Intan bongkar aktiviti perlombongan bitcoin haram

Add detik360 on Google
Dapatkan lebih banyak liputan berita sahih dan telus daripada detik360 dengan menambah kami sebagai sumber pilihan di Google.

Polis menahan lapan lelaki tempatan selepas disyaki terbabit dalam kegiatan perlombongan bitcoin haram di kawasan perumahan Taman Lagenda, Teluk Intan semalam.

aktiviti perlombongan bitcoin haram
Mesin pelombongan bitcoin yang dirampas polis dalam serbuan di Taman Lagenda di Teluk Intan, semalam. - Foto IHSAN PDRM

Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Dr Bakri Zainal Abidin berkata, tangkapan itu dilakukan hasil serbuan terhadap beberapa premis di taman perumahan berkenaan pada Rabu lalu.

Ringkasan AI:

  • Lapan lelaki ditahan di Teluk Intan disyaki lombong bitcoin secara haram.
  • Polis rampas dua kenderaan dan 40 mesin bitcoin digunakan untuk curi elektrik.
  • Lima suspek mempunyai rekod jenayah lampau, tiga lagi bersih.
  • TNB sahkan sambungan elektrik haram di premis terlibat.

Serbuan di Taman Lagenda

Menurut Dr Bakri, serbuan yang dijalankan sekitar jam 11 malam itu membawa kepada penemuan dua kenderaan jenis Toyota Hilux dan Mitsubishi Triton serta 40 unit mesin bitcoin yang dipercayai digunakan dalam kegiatan mencuri bekalan elektrik.

Hasil siasatan awal mendapati semua suspek berusia antara 17 hingga 44 tahun dan mengaku terlibat dalam aktiviti tersebut.

Suspek Ada Rekod Jenayah

“Hasil semakan lanjut mendapati lima daripada lapan suspek mempunyai rekod jenayah lampau melibatkan pelbagai kesalahan, manakala tiga lagi tidak mempunyai sebarang rekod,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

TNB Sahkan Curi Elektrik

Sebelum ini, polis turut merampas sebanyak 66 unit mesin perlombongan bitcoin yang beroperasi tanpa kebenaran dalam satu lagi serbuan di kawasan sama.

Pemeriksaan lanjut oleh pihak Tenaga Nasional Berhad (TNB) mengesahkan berlaku penyambungan elektrik secara haram yang digunakan untuk menggerakkan mesin perlombongan mata wang digital berkenaan.

Kategori/Label: Jenayah

Jangan Terlepas Berita Sahih! ⚡

Ikuti detik360 di pelbagai platform media sosial untuk laporan terpantas terus ke telefon anda.

SERTAI WHATSAPP
SELEPAS

SEBELUM

×
RINGKASAN ARTIKEL

Ringkasan Artikel

⚡ Dijana oleh AI Detik360

    IKLAN