Terkini

8/recent/ticker-posts

Header Ads Widget

Tujuh pemain warisan negara pertimbang saman FAM susulan kesilapan teknikal

Kuala Lumpur: Tujuh pemain bolasepak negara kini mempertimbangkan tindakan undang-undang terhadap FAM susulan kesilapan teknikal yang diakui persatuan itu, yang menyebabkan penggantungan oleh FIFA.

Tujuh pemain warisan negara
TUJUH pemain warisan negara dikenakan penggantungan 12 bulan oleh FIFA atas dakwaan pemalsuan dokumen.

Menurut sumber, pemain berkenaan sedang berbincang untuk menuntut ganti rugi daripada FAM kerana kecuaian dalam penyerahan dokumen oleh kakitangan pentadbiran, yang akhirnya mengakibatkan penggantungan selama 12 bulan.

Ringkasan AI:

  • Pemain negara pertimbang saman FAM akibat kesilapan teknikal dalam dokumen.
  • Penggantungan FIFA selama 12 bulan menjejaskan mata pencarian pemain.
  • Peguam antarabangsa sedang berbincang mengenai kemungkinan tindakan undang-undang.
  • FAM mengakui kesilapan teknikal dalam proses penyerahan dokumen.
  • Jawatankuasa Bebas FAM ditubuhkan untuk menyiasat insiden itu.
  • FIFA mengekalkan penggantungan 12 bulan dan denda kepada pemain serta FAM.
  • Tujuh pemain terbabit atas kesalahan pemalsuan dokumen mengikut Artikel 22 Kod Disiplin FIFA.
  • FAM menanti keputusan bertulis dan boleh merayu ke CAS dalam tempoh 21 hari.

Malah, beberapa pemain turut kehilangan mata pencarian apabila kontrak mereka ditamatkan oleh kelab masing-masing akibat isu tersebut, menimbulkan tekanan kewangan dan profesional.

"Peguam antarabangsa kini sedang berunding dengan tujuh pemain berkenaan untuk mempertimbangkan tindakan saman terhadap FAM," kata sumber. "Ini bagi membersihkan nama mereka dan membolehkan mereka mendapatkan kelab baharu selepas tempoh penggantungan berakhir."

Langkah itu tidak mengejutkan kerana penggantungan menjejaskan periuk nasi mereka, sekali gus memberi justifikasi untuk menuntut pampasan.

Baca: FIFA tolak rayuan FAM dan tujuh pemain warisan Harimau Malaya
Baca: Bekas hakim persoal sekatan FIFA terhadap FAM dan tujuh pemain warisan

Untuk rekod, pada 28 September lalu, Setiausaha Agung FAM, Datuk Noor Azman Rahman mengesahkan wujudnya kesilapan teknikal dalam proses penyerahan dokumen yang menyebabkan FIFA menggantung persatuan itu.

Susulan insiden tersebut, FAM menubuhkan Jawatankuasa Bebas untuk menyiasat kes, dan Noor Azman digantung sementara bagi memastikan proses siasatan dijalankan secara adil dan telus.

Sebelum ini, Jawatankuasa Rayuan FIFA mengekalkan keputusan Jawatankuasa Tatatertib FIFA dengan penggantungan 12 bulan kepada tujuh pemain, denda CHF2,000 (RM10,800) setiap seorang, dan CHF350,000 (RM1.8 juta) terhadap FAM.

Tujuh pemain terbabit ialah Gabriel Felipe Arrocha, Facundo Garcas, Rodrigo Holgado, Imanol Machuca, Joao Figueiredo, Jon Iraurgui, dan Hector Hevel atas pelanggaran Artikel 22 Kod Disiplin FIFA berkaitan pemalsuan dokumen.

FAM kini menunggu keputusan bertulis FIFA dan mempunyai tempoh 21 hari untuk mengemukakan rayuan kepada Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS) setelah menerima dokumen rasmi.