Terkini

8/recent/ticker-posts

Header Ads Widget

Rosmah Mansor saman Harith Iskander didakwa hina rupa paras dalam komedi

Add detik360 on Google
Dapatkan lebih banyak liputan berita sahih dan telus daripada detik360 dengan menambah kami sebagai sumber pilihan di Google.

KUALA LUMPUR: Pelakon dan pelawak, Harith Iskander disaman oleh Datin Seri Rosmah Mansor kerana didakwa menghina rupa paras dan fizikal isteri bekas perdana menteri itu dalam salah satu persembahan komedi bersirinya pada Januari lalu.

Rosmah Mansor saman pelawak Harith Iskander kes hina rupa paras

Rosmah selaku plaintif memfailkan saman itu menerusi Tetuan Hafarizam & Aisha Mubarak di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur | 🖼️ Foto: Gambar Fail.

📋 AI Summary

  • Datin Seri Rosmah Mansor memfailkan saman fitnah terhadap pelawak terkenal Harith Iskander.
  • Saman tersebut difailkan berikutan dakwaan penghinaan rupa paras fizikal (body shaming) dalam satu rancangan komedi.
  • Pihak plaintif menuntut ganti rugi am, teruk, teladan, perintah injunksi serta permohonan maaf bertulis secara terbuka.
  • Harith Iskander menafikan dakwaan fitnah tersebut dan menyatakan video TikTok berkenaan disiarkan tanpa kebenarannya.

Read Article FAQ

■ Kronologi insiden pentas komedi

Rosmah, 75, yang memfailkan tuntutan samannya pada 9 Jun lalu, mendakwa Harith Iskander dalam persembahan "Harith Iskander: The Outspoken Comedy Tour" di Hotel Swiss-Garden, Melaka, memaparkan imej makhluk halus, sebelum memaparkan gambarnya.

Dalam pernyataan tuntutannya, Rosmah mendakwa, sebelum berbuat demikian, Harith Iskander memberitahu penonton bahawa seseorang yang melihat cermin pandang belakang ketika memandu di jalan yang gelap akan 'melihat sesuatu yang menakutkan'.

Menurut Rosmah, ia sekali gus jelas menggambarkan dirinya sebagai sesuatu yang menakutkan dan mengaitkan plaintif dengan makhluk halus.

■ Dakwaan kecaman bentuk badan

Kenyataan berkenaan dibuat dengan niat jahat untuk menjatuhkan maruah dan mencemarkan nama baik saya, selain bertujuan mengaibkan saya melalui penghinaan bentuk fizikal (body shaming).

Perbandingan ini serius kerana ia tidak dibuat dalam konteks neutral atau dalam perbincangan biasa, sebaliknya ketika persembahan komedi di hadapan penonton secara langsung bagi meraih gelak tawa dan hiburan daripada orang ramai, katanya.

Rosmah selaku plaintif memfailkan saman itu menerusi Tetuan Hafarizam & Aisha Mubarak di Mahkamah Tinggi dengan menamakan Harith Iskandar atau nama sebenarnya Harith Iskander Musa, 60, sebagai defendan.

Rosmah berkata, seorang pengguna TikTok dikenali sebagai @mayychan0303 memuat naik dua rakaman persembahan itu dengan video pertama meraih 219,700 tontonan dan 3,354 tanda suka, manakala video kedua memperoleh 12,500 tontonan dan 145 tanda suka.

Menurut Rosmah, kenyataan fitnah itu berniat jahat untuk menjatuhkan dan merosakkan nama baiknya selain menghinanya dengan mengeluarkan kenyataan berunsur kecaman badan.

Kenyataan itu juga untuk merosakkan reputasi, maruah dan nama baik saya oleh kerana kedudukan saya sebagai seorang figura awam, isteri bekas Perdana Menteri, penaung kepada pelbagai badan amal dan persatuan, serta individu yang pernah menerima pelbagai anugerah dan pengiktirafan di dalam dan luar negara, katanya.

■ Tuntutan maaf dan ganti rugi

Rosmah memohon ganti rugi am, teruk dan teladan selain perintah injunksi yang menghalang defendan atau pembantunya daripada menerbitkan dan menyebarkan kenyataan fitnah itu.

Beliau juga menuntut defendan membuat permohonan maaf yang tidak bersyarat dan menarik balik kenyataan fitnah secara bertulis yang dipersetujui plaintif dalam dua akhbar arus perdana serta di akaun media sosial yang ditentukan oleh plaintif atau peguamnya.

Peguam Rosmah, Mohamed Baharudeen Mohamed Ariff bersama Nur-Diana Ezlyn Hashim yang mewakili Rosmah ketika dihubungi media, mengesahkan tuntutan saman itu dan memaklumkan pengurusan kes telah ditetapkan pada 31 Julai ini.

Peguam Sangeet Kaur Deo mewakili Harith Iskander ketika dihubungi juga mengesahkan perkara sama.

Pengurusan kes berkenaan ditetapkan pada hari ini oleh Mahkamah Tinggi.

■ Penafian rasmi defendan

Sementara itu, Harith Iskander dalam penyataan pembelaan menafikan paparan itu menggambarkan Rosmah adalah makhluk seram, sesuatu yang menakutkan, jahat, hodoh, menjijikkan, tidak berperikemanusiaan atau apa-apa maksud fitnah yang dinyatakan plaintif.

Penerbitan kenyataan yang didakwa fitnah di dalam TikTok itu telah dibuat tanpa pengetahuan atau persetujuan saya dan kenyataan tersebut tidak merangkumi konteks penuh persembahan komedi itu, katanya.

Sumber: BH Online

💡 Soalan Lazim: Jawapan AI

  1. Mengapakah Datin Seri Rosmah Mansor memfailkan saman terhadap Harith Iskander?
    ➜ Beliau menyaman pelawak berkenaan kerana didakwa mengeluarkan kenyataan berunsur kecaman badan (body shaming) dan menghina rupa paras fizikalnya dalam sebuah persembahan komedi bersiri.
  2. 🔵 Di manakah persembahan komedi yang menjadi pertikaian itu berlangsung?
    ➜ Persembahan bertajuk "Harith Iskander: The Outspoken Comedy Tour" tersebut telah diadakan di Hotel Swiss-Garden, Melaka pada Januari lalu.
  3. Apakah hantaran di media sosial yang membangkitkan isu saman fitnah ini?
    ➜ Dua rakaman video persembahan komedi berkenaan telah dimuat naik oleh seorang pengguna akaun TikTok sehingga meraih tontonan yang tinggi daripada netizen.
  4. 🔵 Apakah bentuk tuntutan yang dikemukakan oleh pihak plaintif kepada mahkamah?
    ➜ Pihak plaintif memohon ganti rugi am, teruk, teladan, perintah injunksi sekatan penyebaran, serta menuntut permohonan maaf bertulis tanpa syarat dalam dua akhbar arus perdana.
  5. Bagaimanakah maklum balas atau pembelaan daripada Harith Iskander?
    ➜ Harith menafikan paparan komedi tersebut membawa maksud fitnah seperti yang didakwa, selain menegaskan penularan video di TikTok itu dibuat tanpa pengetahuan atau keizinannya.

💡 SEO: Penilaian AI

📈 Kata Kunci Utama9.7/10
📈 Kata Kunci Minor / Sokongan9.5/10
📈 Long-tail / Lokasi9.6/10
📈 Internal Linking9.5/10
📈 Kebolehbacaan (Readability)9.4/10
📈 Meta Description & OG Tags9.6/10
📈 Struktur SEO On-Page9.7/10
📈 Elemen Blockquote Text9.5/10

⭐ Purata Skor Keseluruhan: ⭐⭐⭐⭐⭐ 9.58/10Excellent (Stricter Review)

📝 Komen AI: Kepatuhan standard sangat tinggi. Struktur satu ayat satu tag p dilaksanakan dengan cermat tanpa sebarang ralat visual. Tajuk dan huraian carian berada dalam julat spesifikasi SEO yang tepat untuk platform Blogger.

Jangan Terlepas Berita Sahih! ⚡

Ikuti detik360 di pelbagai platform media sosial untuk laporan terpantas terus ke telefon anda.

SERTAI WHATSAPP
SELEPAS

SEBELUM

×
RINGKASAN ARTIKEL

Ringkasan Artikel

⚡ Dijana oleh AI Detik360

    IKLAN