Terkini

8/recent/ticker-posts

Header Ads Widget

Ketika hulur bantuan banjir, gelagat Siti Nurhaliza tegur guru gimnas, buat netizen terhibur

Add detik360 on Google
Dapatkan lebih banyak liputan berita sahih dan telus daripada detik360 dengan menambah kami sebagai sumber pilihan di Google.
Bak kata pepatah, berat sama dipikul, ringan sama dijinjing yang membawa maksud suka duka sama-sama ditanggung. Tiada paksaan, terpulang kepada individu untuk membantu atau tidak.

Ketika hulur bantuan banjir, gelagat Siti Nurhaliza tegur guru gimnas, buat netizen terhibur
Ketika hulur bantuan banjir, gelagat Siti Nurhaliza tegur guru gimnas, buat netizen terhibur. Foto tangkap layar IG ctdk

Begitu juga dengan insan yang prihatin ini, penyanyi popular tanah air, Datuk Seri Siti Nurhaliza tampil menghulurkan bantuan kepada mangsa banjir di terutama di kampung halamannya, Kuala Lipis, Pahang.

Dalam pada itu, menerusi Instagram @ctdk, berkongsi video momen secara tidak sengaja berjumpa dengan salah seorang gurunya ketika menghulurkan bantuan mangsa banjir.


Apa yang menarik perhatian netizen, gelagat lucu penyanyi itu bersahaja menegur gurunya berbangsa cina itu. Guru berkenaan tidak mengenalinya kerana itu memakai pelitup muka.

Namun, guru yang pernah mengajarnya ketika menyertai sukan gimnas sewaktu di sekolah hanya menyedari akan hal itu setelah salah seorang penduduk di situ memaklumkan bahawa individu yang menegurnya adalah Siti Nurhaliza. Mereka saling berkongsi kenangan lama sewaktu menyertai gimnas.


Momen bertemu guru gimnas
Sewaktu ke Kuala Lipis baru-baru ini, saya singgah di Taman KSM, menghantar bantuan di sini. Bantuan diletakkan di rumah seorang aunty berbangsa Cina yang menjadi tempat pengumpulan dan pengagihan bantuan untuk warga taman tersebut. Sepanjang saya di rumahnya, beliau memang tidak perasan saya. Saya juga berborak-borak dengan penduduk di taman tersebut, kemudian lalu seorang wanita berbangsa Cina juga, yang saya memang kenal sewaktu zaman sekolah. Beliau juga tidak perasan saya. Sepanjang berada di sana, saya memang memakai pelitup muka (mask) dan akhirnya barulah terjadi sesi jejak kasih kami. Guru gimnas saya rupanya dan saya juga tidak perasan (maklumlah dah lama sangat). Begitulah cerita, sesekali pulang ke daerah kenangan, banyak kenangan mengusik jiwa.

Jangan Terlepas Berita Sahih! ⚡

Ikuti detik360 di pelbagai platform media sosial untuk laporan terpantas terus ke telefon anda.

SERTAI WHATSAPP
SELEPAS

SEBELUM

×
RINGKASAN ARTIKEL

Ringkasan Artikel

⚡ Dijana oleh AI Detik360

    IKLAN