Terkini

8/recent/ticker-posts

Header Ads Widget

Selepas 13 hari bersembunyi, akhirnya Long Tiger berjaya diberkas semula

Add detik360 on Google
Dapatkan lebih banyak liputan berita sahih dan telus daripada detik360 dengan menambah kami sebagai sumber pilihan di Google.
Selepas 13 hari bersembunyi, lelaki berketurunan Rohingya dikenali sebagai Long Tiger yang lolos dari lokap Mahkamah Majistret Tangkak pada 15 Disember lalu diberkas polis.

Selepas 13 hari bersembunyi, akhirnya Long Tiger berjaya diberkas semula
Selepas 13 hari bersembunyi, akhirnya Long Tiger berjaya diberkas semula. Sumber Gambar Facebook Dino Daniel LJ

Lelaki etnik Rohingya dikenali sebagai 'Long Tiger', yang meloloskan diri dari lokap Mahkamah Majistret Tangkak pada 15 Disember lalu berjaya diberkas di Sungai Petani Kedah pada Selasa.

Long Tiger atau nama sebenarnya Abd Hamim Ab Hamid, 33, ditahan oleh sepasukan polis dari Bukit Aman dan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani ketika dihubungi mengesahkan penangkapan lelaki terbabit.

"Ya benar, tangkapan dibuat di Kedah dan butiran serta maklumat lanjut mengenai tangkapan itu akan dibuat oleh Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay dalam masa terdekat," katanya.



Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay dijangka mengadakan sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor esok.

Dalam kejadian pada pukul 11.55 pagi, 15 Disember lalu, Ab. Hamim bertindak meloloskan diri melalui pintu utama Mahkamah Majistret Tangkak sebelum perbicaraan bermula.


Lelaki itu diambil dari penjara Sungai Udang, Melaka untuk perbicaraan dibawah Seksyen 388 Kanun Keseksaan.

Terdahulu, sepasang suami isteri warga tempatan berusia 41 dan 43 tahun ditahan selepas yang disyaki rakan subahat lelaki Rohingya dikenali sebagai Long Tiger yang lolos dari lokap Mahkamah Majistret Tangkak, Johor pada 15 Disember lalu.

Ketua Polis Johor Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, kedua-dua suspek ditahan di Balai Polis Bukit Gambir dan direman selama empat hari hingga Jumaat.

Jangan Terlepas Berita Sahih! ⚡

Ikuti detik360 di pelbagai platform media sosial untuk laporan terpantas terus ke telefon anda.

SERTAI WHATSAPP
SELEPAS

SEBELUM

×
RINGKASAN ARTIKEL

Ringkasan Artikel

⚡ Dijana oleh AI Detik360

    IKLAN