Terkini

8/recent/ticker-posts

Header Ads Widget

“Tidak mengapa, kita ‘move on’ sahajalah. Kalau Shuib tak nak, saya pun tak nak ” — Vida

Add detik360 on Google
Dapatkan lebih banyak liputan berita sahih dan telus daripada detik360 dengan menambah kami sebagai sumber pilihan di Google.
Berlapang dada apabila hasrat ingin berjodohan pelakon dan pelawak Shuib sepertinya ditolak, usahawan sensasi Datuk Seri Vida sebaliknya tidak putus asa berdoa agar urusan jodohnya dipermudahkan Tuhan.

“Tidak mengapa, kita ‘move on’ sahajalah. Kalau Shuib tak nak, saya pun tak nak ” — Vida
“Tidak mengapa, kita ‘move on’ sahajalah. Kalau Shuib tak nak, saya pun tak nak ” — Vida

Kata pemilik nama lengkap, Hasmiza Othman itu, dia tidak kisah sekiranya hasrat mahu menggantikan kedudukan Allahyarham Siti Sarah dalam hati Shuib tidak kesampaian.

Baca: “Dia ada ciri-ciri lelaki idaman saya...” – Vida tak tolak jika dijodohkan dengan Shuib

“Tidak mengapa, kita ‘move on’ sahajalah. Kalau Shuib tak nak (berjodohan dengan saya), dah sah-sah, saya pun tak nak juga.

Baca juga: [Video] “Suruh daddy kahwin? Nak mak tiri ke? Berani ke?...” — Usik ibu Shuib kepada cucunya

“Namun, saya mendoakan yang terbaik buat Shuib sekeluarga agar bertemu pengganti sesuai mengisi posisi isteri dan paling penting, ibu buat anak-anaknya,” katanya kepada Kosmo! Online sebentar tadi.

Biarpun hasrat ingin berjodohan seperti ditolak Shuib atau nama sebenarnya, Shahmira Muhamad, 37, Vida berharap hubungan baik antara mereka tetap terjalin.

Baca juga: Hajat Vida ingin berjodoh dengan Shuib, akhirnya Shuib tampil jelaskan pendirian

“Saya dengan Shuib memang tiada masalah. Dia seorang usahawan berjaya dan saya juga mencari rezeki dalam dunia perniagaan.


“Saya tak mahu disebabkan isu ini hubungan kami sebagai kawan menjadi keruh. Saya kenal benar Shuib, termasuk arwah isterinya.

“Saya menghormati hasrat dan keputusannya dan sebagai seorang wanita, saya tetap meneruskan kehidupan seperti biasa.

“Banyak lagi perkara yang saya boleh lakukan dan kecapi bersama atau tanpa lelaki bernama suami. Cuma pesan saya, anak-anak memang perlukan kasih sayang seorang ibu dan saya percaya, anak-anak Shuib juga begitu,” ujarnya lagi.


Sebelum ini, Vida, 50, secara terang-terangan membuat pendedahan tidak menolak jika ditakdirkan berjodohan dengan Shuib dan menganggap pelawak itu memenuhi kriteria atau ciri-ciri lelaki idaman yang dicarinya selama ini. – K! ONLINE

Jangan Terlepas Berita Sahih! ⚡

Ikuti detik360 di pelbagai platform media sosial untuk laporan terpantas terus ke telefon anda.

SERTAI WHATSAPP
SELEPAS

SEBELUM

×
RINGKASAN ARTIKEL

Ringkasan Artikel

⚡ Dijana oleh AI Detik360

    IKLAN