Terkini

8/recent/ticker-posts

Header Ads Widget

“Rajin berjalan senang bersalin nanti...” – peminat puji Neelofa masih ligat bekerja biarpun sarat hamil

Add detik360 on Google
Dapatkan lebih banyak liputan berita sahih dan telus daripada detik360 dengan menambah kami sebagai sumber pilihan di Google.
Biarpun tidak berkongsi usia kandungan, selebriti Noor Neelofa seakan sedang menghitung hari untuk melahirkan anak sulungnya.

Peminat puji Neelofa masih ligat bekerja biarpun sarat hamil
Peminat puji Neelofa masih ligat bekerja biarpun sarat hamil

Walaupun sedang sarat hamil, Neelofa masih aktif turun padang menghulurkan bantuan kepada individu yang dalam kesusahan.

Menerusi Instagram @lofa.page, Neelofa dan Pertubuhan Kasih Neelofa tampil meringankan beban mangsa-mangsa banjir di Bukit Lanchong, Selangor.

Mengenakan jubah berwarna biru gelap, pemilik nama Noor Neelofa Mohd Noor ditemani suami tercinta, Haris Ismail atau PU Riz di sepanjang aktiviti yang dijalankan.

Menjengah di ruangan komen, rata-rata peminat kagum dengan kegigihan dan semangat pelakon drama Suri Hati Mr. Pilot biarpun sedang menghitung hari.

Dalam pada itu, pengikut turut mendoakan agar Allah permudahkan urusan bersalin nanti.

Baru-baru ini, Neelofa akhirnya membuka mulut berkongsi fasa terakhir kehamilan.

Baca: “Sekarang ini saya menghitung hari dan bila-bila masa sahaja akan bersalin..” — Neelofa

Bagaimanapun, PU Riz enggan mendedahkan usia kandungan, hanya memaklumkan kini dalam persediaan menyambut kelahiran bayi pertamanya.


Untuk rekod, Neelofa dan PU Riz mendirikan rumah tangga di sebuah hotel terkemuka di ibu negara pada 27 Mac lalu.

Jangan Terlepas Berita Sahih! ⚡

Ikuti detik360 di pelbagai platform media sosial untuk laporan terpantas terus ke telefon anda.

SERTAI WHATSAPP
SELEPAS

SEBELUM

×
RINGKASAN ARTIKEL

Ringkasan Artikel

⚡ Dijana oleh AI Detik360

    IKLAN