Terkini

8/recent/ticker-posts

Header Ads Widget

Najib import Peguam Diraja United Kingdom untuk pembelaan rayuan kes SRC International

Add detik360 on Google
Dapatkan lebih banyak liputan berita sahih dan telus daripada detik360 dengan menambah kami sebagai sumber pilihan di Google.

Semua kes melibatkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak nampaknya tidak menyebelahi dirinya apabila sebelum ini mahkamah telah putuskan beliau bersalah.

Najib import Peguam Diraja United Kingdom untuk selamatkan dirinya dari sabitan kes SRC
Najib import Peguam Diraja United Kingdom untuk pembelaan rayuan sabitan kes SRC International. Kredit foto: Youtube Bulletin TV3

📋 Ringkasan AI

  • Najib dilaporkan membawa masuk Peguam Diraja (QC) dari United Kingdom bagi mengukuhkan rayuan terakhir berkaitan kes SRC International.
  • Pasukan pembelaan baharu itu dikatakan menilai semula prosedur mahkamah serta kemungkinan isu teknikal yang boleh dikemukakan.
  • Keputusan membawa QC dipercayai bertujuan memastikan penghujahan lebih teratur, terperinci dan mematuhi standard perundangan antarabangsa.
  • Permohonan tambahan masa serta isu terjemahan dokumen menjadi antara faktor yang dibangkitkan pihak pembelaan.
  • Rayuan ini dianggap paling kritikal kerana melibatkan sabitan besar serta masa depan politik Najib Razak.

Klik untuk baca FAQ artikel

Bagaimanapun, Najib yang kini lebih mesra dipanggil Bossku tidak berputus asa dan akan membuat rayuan sekali lagi.

Najib Pilih Peguam Diraja UK Untuk Rayuan Terakhir

Terkini, Najib dikatakan akan melantik Peguam Diraja dari United Kingdom kerana mempunyai pengalaman bagi memastikan beliau menang dalam rayuan seterusnya.

Perincian Sabitan Kes SRC International

Rayuan ini amat penting bagi Najib untuk membatalkan sabitan dan hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta.

Najib sebelum ini didapati bersalah dalam kes membabitkan dana SRC International Sdn Bhd di Mahkamah Persekutuan.

Sebab Najib Perlukan Peguam Diraja

Hasrat Najib untuk mendapatkan khidmat Peguam Diraja didedahkan dalam surat enam halaman dikeluarkan peguam Najib daripada Shafee & Co. kepada sekretariat Ketua Hakim Negara Tun Tengku Maimun Tuan Mat.

Oleh itu perayu memerlukan masa, selepas menerima rekod rayuan untuk membekalkan (rekod) yang sama kepada Peguam Diraja di London.

Isu Terjemahan Dokumen dan Faktor Kelewatan

Pihak Najib turut berharap agar Mahkamah Persekutuan tidak menetapkan tarikh rayuan dalam masa terdekat kerana memerlukan masa yang lebih panjang untuk mendapatkan wakil Peguam Diraja. Ini kerana mereka perlu menterjemah nota dan dokumen mahkamah bagi kes ini dari Bahasa Malaysia kepada Bahasa Inggeris.

Kepentingan Rayuan Terakhir Buat Najib

Untuk pengetahuan, ini merupakan rayuan terakhir buat Najib untuk menyelamatkan dirinya dari dipenjara dan didenda.

Oleh itu, apa sahaja cara yang ada akan digunakan beliau dan memerlukan masa yang cukup bagi memastikan segala persediaan lengkap.

Kredit: Harian Metro

💡 Q&A: Jawapan Pantas AI

  1. 🟢 Siapakah Peguam Diraja yang dilantik oleh Najib?
    ➜ Najib dikatakan melantik Peguam Diraja (QC) dari United Kingdom untuk mengendalikan rayuan terakhir kes SRC International.
  2. 🔵 Apa tujuan Najib membawa masuk Peguam Diraja?
    ➜ Tujuan utama adalah memastikan rayuan dijalankan dengan lebih terperinci, profesional, dan mematuhi standard perundangan antarabangsa.
  3. 🟡 Apakah sabitan dan hukuman yang sedang dihadapi Najib?
    ➜ Najib telah disabitkan bersalah dalam kes SRC International dengan hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta.
  4. 🟠 Kenapa Najib memohon masa tambahan untuk rayuan?
    ➜ Permohonan masa tambahan diperlukan untuk membekalkan rekod rayuan dan menterjemah dokumen mahkamah dari Bahasa Malaysia ke Bahasa Inggeris bagi Peguam Diraja.
  5. 🔴 Apakah kepentingan rayuan ini bagi Najib?
    ➜ Rayuan ini merupakan peluang terakhir Najib untuk membatalkan sabitan dan hukuman serta memelihara masa depan politiknya.
  6. 🟣 Adakah rayuan ini menjejaskan tarikh Mahkamah Persekutuan?
    ➜ Pihak Najib berharap Mahkamah Persekutuan menangguhkan penetapan tarikh rayuan untuk memberi masa mencukupi bagi persediaan pembelaan oleh Peguam Diraja.

Jangan Terlepas Berita Sahih! ⚡

Ikuti detik360 di pelbagai platform media sosial untuk laporan terpantas terus ke telefon anda.

SERTAI WHATSAPP
SELEPAS

SEBELUM

×
RINGKASAN ARTIKEL

Ringkasan Artikel

⚡ Dijana oleh AI Detik360

    IKLAN