Lelaki yang terbabit dalam kes samun dan melarikan kenderaan pemandu e-hailing di Jalan Sentul Pasar kelmarin, telah berjaya ditahan polis.
|
|
| Suspek samun dan tikam pemandu e-hailing berjaya ditahan polis |
Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Beh Eng Lai berkata, pihaknya menerima laporan dari mangsa berusia 47 tahun pada jam 2 petang semalam yang mendakwa dia telah disamun, ditikam di bahagian leher dan kereta Proton Saga miliknya telah dilarikan suspek.
Bertindak di atas laporan itu, polis telah mengesan dan berjaya menahan suspek berusia 23 tahun pada jam 12 tengah hari, di Kota Damansara, semalam.
Siasatan mendapati, mangsa menjemput suspek di Putrajaya dan menuju ke destinasi di Sentul Pasar. Tiba di lokasi, suspek memaklumkan dia tidak mempunyai wang tunai mahu membuat pembayaran secara online dan meminta nombor akaun bank mangsa.
Ketika mangsa sedang mencari nombor akaun bank, suspek secara tiba-tiba menikam lehernya menggunakan objek tajam sebelum menarik mangsa keluar dari kereta dan melarikan kenderaan itu.
Lihat video dan berita insiden ini:

[Video] Seluar terlondeh, berlumuran darah, aksi pemandu e-hailing bergelut dengan penyamun
SATU video yang memaparkan 2 lelaki sedang bergelut di atas jalan raya, telah dirakam dan dimuat naik di media sosial. Kejadian dipercayai adalah pe…
BACA LAGI