Terkini

8/recent/ticker-posts

Header Ads Widget

Video remaja lelaki belasah gadis jadi kecoh, dengan Neelofa sekali masuk campur

Add detik360 on Google
Dapatkan lebih banyak liputan berita sahih dan telus daripada detik360 dengan menambah kami sebagai sumber pilihan di Google.

Video tular seorang pemuda membelasah seorang gadis tanpa belas kasihan menjadi bualan hangat di media sosial.

Video remaja lelaki belasah gadis jadi kecoh, dengan Neelofa sekali masuk campur

Tidak cukup sekadar menampar, malah gadis itu juga dilihat diterajang di perut dan dipukul di kepala berulang-ulang kali menggunakan selipar.

Usahawan selebriti dan bekas pengacara popular, Neelofa turut berkongsi video tular itu semalam dan meminta maklumat lanjut tentang kejadian tersebut daripada netizen.

Dalam video berdurasi 18 saat itu memaparkan gadis tersebut tidak melawan malah nampak ketakutan dan menangis menahan sakit sekaligus mengundang pelbagai reaksi netizen.

Dalam satu kenyataan media, Polis sedang menjalankan siasatan mengenai video tular itu dan telah mengarahkan semua elemen termasuk ketua polis balai di daerah ini untuk mendapatkan maklumat tentang kejadian, lokasi dan pelakunya.

“Tolong kalau jumpa yang record tu sekali terajang muka dia jugak,” komen seorang netizen.

“Berkicap la mamat ni kalau budak perempuan ni ada abang. Kalau kena kat adik perempuan aku, memang tak selamat mamat ni,” kata AA pula.

“Sampai hati lelaki tu. Hancur hati mak ayah tengok anak kena pukul. Apa yang teruk sgt sampai nak pukul anak orang,” ujar Teyah.

Sebelumnya, pengarah dan penerbit drama terkenal Michael Ang turut berkongsi video sama di Instagram miliknya namun telah dipadamkan pihak Instagram.

Namun malam tadi, Michael sekali lagi berkongsi video berkenaan dengan versi wajah mereka yang terlibat, dikaburkan.

Jangan Terlepas Berita Sahih! ⚡

Ikuti detik360 di pelbagai platform media sosial untuk laporan terpantas terus ke telefon anda.

SERTAI WHATSAPP
SELEPAS

SEBELUM

×
RINGKASAN ARTIKEL

Ringkasan Artikel

⚡ Dijana oleh AI Detik360

    IKLAN