Terkini

8/recent/ticker-posts

Header Ads Widget

Cyberjaya lakar kejayaan jadi Pusat Ujian Cip Termaju pertama di Asia Tenggara

Add detik360 on Google
Dapatkan lebih banyak liputan berita sahih dan telus daripada detik360 dengan menambah kami sebagai sumber pilihan di Google.

PUTRAJAYA: Malaysia melakar satu lagi kejayaan dalam industri semikonduktor menerusi perasmian Pusat Ujian Cip Termaju yang disempurnakan oleh Perdana Menteri Anwar Ibrahim hari ini bersempena pelancaran Malaysia Semiconductor IC Design Park (IC Park 2) di CoPlace 9, Cyberjaya.

Perdana Menteri Anwar Ibrahim (tengah) menandatangani plak sebagai simbolik Peluncuran Malaysia Semiconductor IC Design Park 2 di Coplace 9, Cyberjaya. (Gambar Bernama)

Majlis itu turut dihadiri Menteri Besar Selangor Amirudin Shari yang menyifatkan pusat itu sebagai fasiliti ujian cip bertaraf dunia yang pertama di rantau Asia Tenggara.

Dalam kenyataan, Perbadanan Teknologi Maklumat dan Ekonomi Digital Selangor (Sidec) berkata, pusat itu turut menjadi pemangkin utama dalam usaha Malaysia membina ekosistem semikonduktor yang menyeluruh merangkumi reka bentuk, pengujian serta pengesahan cip.

“Pusat Ujian Cip Termaju ini merupakan sebahagian daripada strategi nasional untuk menempatkan Malaysia daripada hanya sekadar pengeluar cip kontrak kepada pereka dan pemilik teknologi cip tempatan,” katanya.

Menurut Sidec, fasiliti itu menumpukan Pusat Pemeriksaan, Ujian dan Metrologi Cip Termaju; Pusat Reka Bentuk, Emulasi dan Prototaip Cip Termaju; Pusat Pengesahan Cip Termaju dan Robotik serta Pusat Penyelidikan dan Latihan Cip Termaju.

Rakan kerjasama antarabangsa dan tempatan yang terlibat termasuk Arm; Synopsys; AWS; Keysight; Tektronix; Cadence; Sicada; QES; Tekmark; ICESB; Cadfem; DF Automation; IIT Madras; dan Shenzhen Xinhou Research Centre yang secara bersama akan membangunkan ekosisten makmal penyelidikan di bawah IC Park 2.

“Menerusi infrastruktur canggih dan tenaga pakar industri global, pusat ini akan mempercepatkan kitaran pembangunan cip sekali gus mengurangkan kebergantungan kepada fasiliti ujian luar negara,” katanya.

Selain itu, Sidec berkata, IC Park 2 di Cyberjaya merupakan kesinambungan daripada kejayaan IC Park pertama di Puchong yang dirasmikan pada Ogos 2024 dan kini menempatkan 14 syarikat dengan lebih 200 jurutera tempatan dan antarabangsa.

Pemilihan Cyberjaya sebagai lokasi juga merupakan langkah strategik dan tepat pada masanya memandangkan bandar itu mempunyai penumpuan syarikat teknologi tertinggi di Malaysia serta menawarkan persekitaran ideal untuk tujuan kolaborasi dan inovasi yang menjanjikan limpahan manfaat besar kepada kalangan pemain ekosistem.

Selain itu, Sidec memaklumkan pemilihan Cyberview Sdn Bhd sebagai pemaju hab teknologi Cyberjaya yang berperanan penting dalam memajukan landskap inovasi negara dan menyokong penuh inisiatif itu bagi memperkukuh kedudukan Cyberjaya sebagai pusat pembangunan teknologi berimpak tinggi negara.

“Fasa terbaru di Cyberjaya ini bukan sahaja akan menambah ruang penyelidikan dan pembangunan, tetapi turut menempatkan Advanced Semiconductor Malaysia Academy (Asem), iaitu pusat latihan lanjutan untuk melahirkan 20,000 jurutera semikonduktor dalam tempoh 10 tahun,” katanya.

Majlis hari ini turut meraikan graduasi tujuh kohort latihan semikonduktor di bawah Asem yang melibatkan ratusan pelajar kejuruteraan yang telah melalui program intensif bersama industri.

Jangan Terlepas Berita Sahih! ⚡

Ikuti detik360 di pelbagai platform media sosial untuk laporan terpantas terus ke telefon anda.

SERTAI WHATSAPP
SELEPAS

SEBELUM

×
RINGKASAN ARTIKEL

Ringkasan Artikel

⚡ Dijana oleh AI Detik360

    IKLAN