POLIS Diraja Malaysia (PDRM) sedang melakukan siasatan terhadap seorang wanita dikenali ‘Inspektor Sheila’ yang didakwa menghalang tugas dan mengeluarkan kata-kata tidak wajar terhadap anggota polis yang sedang menjalankan tugas, kelmarin.
![]() |
| Tangkap layar wanita 'Inspektor Sheila' rakam dan pertikai tugasan anggota polis menahan lelaki warga Pakistan menunggang motosikal tanpa lesen. |
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 9.30 malam pada 4 November lalu di hadapan sebuah restoran makanan segera di Jalan Ipoh, Chow Kit, Kuala Lumpur.
Katanya, ketika kejadian, anggota polis berkenaan telah menahan seorang warga Pakistan berusia 34 tahun yang memandu tanpa lesen.
“Tiba-tiba, suspek bernama Sheila datang dari belakang sambil mendakwa anggota polis berkenaan mengugut lelaki warga Pakistan itu. Suspek juga menuduh anggota polis bertugas tidak tahu undang-undang serta memperlekehkan pihak polis.
“Berhubung dengan kejadian ini anggota polis yang terlibat telah membuat repot polis pada hari kejadian dan kes telah diklasifikasikan di bawah Seksyen 186 Kanun Keseksaan dan Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955,” katanya.
Terdahulu tular video yang dimuat naik wanita berkenaan di laman sosial mendakwa anggota polis berkenaan mengugut seorang warga Pakistan yang penunggang motosikal.
Untuk rekod, Inspektor Sheila adalah pegawai polis yang ditahan kerja pada 23 Jun 2023.
