RUPIAH Indonesia mungkin bakal kelihatan ‘lebih kurus’. Indonesia kini kembali menggerakkan rancangan besar untuk membuang beberapa sifar pada mata wangnya.
![]() |
| Wang kertas rupiah Indonesia di pejabat pertukaran mata wang di Jakarta. Jurugambar: Dimas Ardian/Bloomberg |
Ya, sifar pada belakang nilai Rupiah mungkin akan dipotong.
Jika pelan ini dilaksanakan, nilai seperti IDR1,000 akan ditulis sebagai IDR1. Tapi jangan risau—nilai sebenar wang dan kuasa beli tak berubah.
Hanya cara menulis angka yang jadi lebih pendek dan ringkas.
- Indonesia hidupkan semula cadangan redenominasi Rupiah.
- IDR1,000 berkemungkinan jadi IDR1 selepas penyesuaian.
- Nilai sebenar tidak berubah, hanya penulisan angka dipendekkan.
- Harga barang dan gaji diselaraskan mengikut nisbah sama.
- Tujuan utamanya untuk mudahkan urusan kewangan dan stabilkan imej Rupiah.
- RUU ini adalah rancangan lama yang diaktifkan semula.
- Sasaran pelaksanaan sekitar 2026–2027.
- Jumlah sifar yang dipotong belum diumumkan secara rasmi.
Langkah ini dipanggil redenominasi. Ia bukan menurunkan nilai, bukan juga menukar kadar tukaran asing. Segala harga barang, gaji pekerja, dan angka kewangan akan ikut ditukar mengikut nisbah yang sama, contohnya 1,000 : 1.
Tujuannya? Untuk memudahkan transaksi, menjadikan angka kewangan lebih ringkas, serta meningkatkan kredibiliti Rupiah di mata dunia.
Menurut laporan Detik.com, rang undang-undang (RUU) ini sebenarnya bukan baharu. Ia pernah dibincangkan sebelum, tetapi ‘tidur’ lama dalam sistem perundangan.
Kementerian Kewangan Indonesia mensasarkan RUU ini dapat dimuktamadkan sepenuhnya sekitar 2026 hingga 2027.
Pelan ‘potong tiga sifar’ ini malah pernah jadi isu besar pada 2013, namun dihentikan ketika itu.
Sekarang, Menteri Kewangan Yudhi Sadewa menghidupkan semula projek redenominasi ini melalui PMK Nombor 70 Tahun 2025 yang sudah mula berkuat kuasa pada awal November 2025.
Namun, sehingga kini jumlah rasmi sifar yang akan dibuang masih belum diumumkan secara terperinci.
Sumber: Detik & Kompas
