Terkini

8/recent/ticker-posts

Header Ads Widget

Insiden letupan stesen minyak Brazil, rokok punca, nyaris ragut nyawa

BRASILIA – Sekumpulan individu nyaris maut selepas seorang daripada mereka menyalakan rokok yang mengakibatkan letupan di sebuah stesen minyak di Brazil, lapor portal MailOnline semalam.

Letupan di sebuah stesen minyak di Brazil
Letupan di sebuah stesen minyak di Brazil, seorang lelaki melarikan diri ketika api semakin membesar. - Foto X

Insiden itu berlaku di bandar Timon, negeri Maranhao, timur laut Brazil, pada malam Isnin lalu.

Rakaman video memperlihatkan detik cemas apabila nyalaan api besar menjulang tinggi selepas seorang lelaki menjatuhkan mancis yang sedang digunakan.

Api yang menyala itu memaksa lelaki berkenaan dan rakan-rakannya berlari menyelamatkan diri, malah nyaris mengenai seorang pemandu lori yang sedang mengisi diesel.

Tiada kecederaan dilaporkan dalam kejadian itu, manakala petugas stesen minyak bertindak pantas menggunakan alat pemadam api bagi memadamkan kebakaran dalam beberapa saat. – AGENSI

Ringkasan AI:
  • Rokok menyebabkan letupan di stesen minyak Timon, Brazil.
  • Nyalaan api menjulang tinggi dan menakutkan individu di lokasi.
  • Nyaris mengenai pemandu lori yang sedang mengisi diesel.
  • Tiada kecederaan, petugas stesen bertindak cepat padamkan api.