Terkini

8/recent/ticker-posts

Header Ads Widget

Kejohanan WWC 2025: Penganjur hantar pendaftaran, mansuh kategori Junior

KUALA LUMPUR (8 November 2025) – Penganjur Kejohanan Dunia Warzone (WWC) 2025 telah menghantar surat rasmi kepada Pejabat Pesuruhjaya Sukan Malaysia bagi memastikan pendaftaran dan pematuhan mengikut Akta Pembangunan Sukan 1997 (Akta 576)

Kejohanan WWC 2025: Penganjur hantar pendaftaran, kemuka langkah keselamatan
YUSUF (kanan) bersama penasihat perundangan, Datuk Dr. Wan Azmir Wan Majid pada sidang akhbar diadakan di Kuala Lumpur hari ini.

Pengasas WWC, Yusuf Azmi, sekali lagi memohon maaf secara terbuka atas kekeliruan dan salah faham berkaitan imej serta mesej awal kejohanan tersebut sebelum ini.

Pada sidang akhbar hari ini, Yusuf menegaskan beliau bertanggungjawab sepenuhnya dan telah mengambil tindakan segera untuk memperbetulkan keadaan serta komited memberikan kerjasama penuh kepada pihak berkuasa.

"Kami mengakui terdapat kekurangan dalam komunikasi dan promosi awal yang menimbulkan persepsi negatif, seolah-olah Warzone adalah satu bentuk perlawanan ganas atau tidak beretika," katanya.

Ringkasan AI:
  • WWC 2025 hantar surat rasmi kepada Pejabat Pesuruhjaya Sukan Malaysia.
  • Pendaftaran dan pematuhan mengikut Akta Pembangunan Sukan 1997 (Akta 576).
  • Yusuf Azmi mohon maaf atas kekeliruan imej dan mesej awal.
  • Pengasas ambil tanggungjawab penuh dan beri kerjasama kepada pihak berkuasa.
  • Komunikasi awal dianggap menimbulkan persepsi negatif mengenai kekerasan.
  • Penganjur adakan perbincangan dengan agensi keselamatan untuk patuh garis panduan.
  • Keselamatan peserta & penonton jadi keutamaan: pemeriksaan kesihatan, paramedik, kawalan pintu masuk.
  • Kategori Junior dibatalkan mengikut pekeliling KBS; fokus pada disiplin & teknik.
  • WWC 2025 berlangsung 6–7 Disember di N9 Arena, Nilai, Negeri Sembilan.
  • Tiket masih dijual untuk peminat sukan tempur.

"Bagi menjernihkan keadaan, pihak penganjur telah menghantar surat rasmi kepada Pejabat Pesuruhjaya Sukan Malaysia minggu ini untuk tujuan pendaftaran dan pematuhan di bawah Akta Pembangunan Sukan 1997 (Akta 576)."

"Kami juga telah mengadakan beberapa siri perbincangan dengan pihak berkaitan dan agensi keselamatan tempatan untuk memastikan setiap aspek acara mematuhi semua garis panduan dan peraturan yang ditetapkan," tambahnya.

Penganjur menekankan bahawa keselamatan peserta dan penonton adalah keutamaan utama. Langkah keselamatan termasuk pemeriksaan kesihatan wajib bagi peserta, kehadiran pasukan paramedik di lokasi, kawalan keselamatan di pintu masuk, serta pelaksanaan Protokol Sukan Selamat.

Berhubung penyertaan kanak-kanak atau peserta bawah umur, Yusuf menjelaskan bahawa WWC sebelum ini mempunyai kategori Junior yang menekankan seni, teknik, dan disiplin bela diri tanpa perlawanan fizikal berisiko tinggi. Penilaian berdasarkan kemahiran teknikal, disiplin, dan etika sukan, bukan kemenangan dalam perlawanan.

Namun, kategori Junior ini telah dimansuhkan berikutan pekeliling baharu Kementerian Belia dan Sukan yang tidak membenarkan atlet di bawah 15 tahun menyertai pertandingan sukan tempur.

Acara WWC 2025 tetap dijadualkan berlangsung pada 6 dan 7 Disember di N9 Arena, Nilai, Negeri Sembilan, dengan jualan tiket kekal tersedia untuk peminat sukan tempur. - Kosmo!