Terkini

8/recent/ticker-posts

Header Ads Widget

Penganjur WWC perlu tunggu hingga 30 hari untuk kelulusan kejohanan tempur

Penganjur Warzone World Championship (WWC) tidak mempunyai pilihan selain menunggu tempoh kira-kira 30 hari untuk mengetahui status kelulusan penganjuran kejohanan tempur tersebut.

Hannah Yeoh
Hannah ditemui media selepas Majlis Pentauliahan Emas Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda 2025 di Majlis Sukan Negara pada Sabtu. Foto Bernama

Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh berkata, pihaknya tidak akan memberikan sebarang layanan istimewa kepada penganjur, meskipun kejohanan yang dijadual berlangsung pada 6 dan 7 Disember di Stadium Arena 9, Nilai, Negeri Sembilan itu telah tular dalam media sosial.

Ringkasan AI:
  • Penganjur WWC perlu menunggu sekitar 30 hari untuk keputusan kelulusan.
  • Tiada layanan istimewa walaupun kejohanan telah mendapat perhatian umum.
  • PJS akan meneliti insurans, permit serta rekod latihan atlet terlibat.
  • Kejohanan dijadual berlangsung pada 6 dan 7 Disember di Nilai.
  • 76 belia menerima Pentauliahan Emas dalam acara di MSN Bukit Jalil.
  • Permohonan penganjur WWC telah diterima secara rasmi oleh PJS.
  • Kanak-kanak bawah 15 tahun dilarang sertai sukan tempur sentuhan penuh tanpa kelulusan.
  • Semua kejohanan sukan tempur wajib patuh peraturan antarabangsa.
  • Hannah beri penegasan demi melindungi keselamatan dan kebajikan kanak-kanak.
  • Video promosi melibatkan petarung kanak-kanak cetus kritikan netizen.

"Permohonan mereka akan diproses seperti biasa dan Pesuruhjaya Sukan (PJS) akan meneliti aspek insurans serta permit. Bagi badan sukan kebangsaan pula, penilaian akan dibuat terhadap atlet yang terlibat, termasuk sama ada mereka mempunyai rekod latihan yang sewajarnya atau tidak," katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Majlis Pentauliahan Emas Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda 2025 di Majlis Sukan Negara (MSN), Bukit Jalil pada Sabtu.

Seramai 76 belia berusia antara 14 hingga 24 tahun menerima pentauliahan peringkat emas untuk edisi ke-17 tahun ini, menjadikan jumlah keseluruhan penerima seramai 1,886 orang sejak program tersebut diperkenalkan pada tahun 2000.

Baca: Kejohanan WWC 2025: Penganjur hantar pendaftaran, mansuh kategori Junior

Sebelum ini, Hannah mengesahkan bahawa pihak penganjur WWC telah mengemukakan permohonan rasmi kepada PJS bagi tujuan pendaftaran dan pematuhan berkaitan sukan tempur.

Beliau turut menegaskan larangan penyertaan kanak-kanak berumur 15 tahun ke bawah dalam sukan tempur sentuhan penuh (full body contact), kecuali kejohanan mendapat kelulusan rasmi daripada persatuan sukan kebangsaan atau negeri.

Hannah menyatakan bahawa setiap pertandingan sukan tempur mesti dilaksanakan mengikut peraturan persekutuan antarabangsa dan melalui prosedur kelulusan yang sah sebelum boleh dianjurkan.

"Kita ingin melindungi kanak-kanak daripada penyertaan dalam kejohanan yang dianjurkan oleh pihak yang tiada tauliah atau kebenaran, kerana ia boleh mendatangkan risiko keselamatan kepada mereka.

"Berdasarkan reaksi masyarakat, ramai yang telah menyuarakan bantahan terhadap eksploitasi kanak-kanak demi tujuan hiburan," katanya.

Sebelum ini, video promosi kejohanan tersebut mencetuskan rasa kurang senang dalam kalangan netizen apabila memaparkan aksi pergaduhan dua petarung kanak-kanak dari Malaysia dan Indonesia dalam sesi pengenalan. - Bernama.