Terkini

8/recent/ticker-posts

Header Ads Widget

Kerajaan teliti laporan hasil pendapatan Meta promosikan iklan scam – Fahmi

Add detik360 on Google
Dapatkan lebih banyak liputan berita sahih dan telus daripada detik360 dengan menambah kami sebagai sumber pilihan di Google.

KERAJAAN akan meneliti laporan berita yang mendakwa sebahagian hasil tahunan 2024 syarikat media sosial, Meta diperoleh daripada iklan mempromosikan ‘scam’ atau pun penipuan.

Kerajaan teliti laporan hasil pendapatan Meta promosikan iklan scam – Fahmi

Kerajaan teliti laporan hasil pendapatan Meta promosikan iklan scam – Fahmi

Jurucakap Kerajaan Madani, Datuk Fahmi Fadzil berkata, selepas daripada itu, pihak Meta akan dipanggil bagi mendapatkan penjelasan penuh berkenaan isu yang begitu membimbangkan itu.

“Ini amat membimbangkan kerana memberi bayangan antara sumber keuntungan bagi Meta adalah aktiviti haram, aktiviti yang melanggar undang-undang termasuk di Malaysia.

“Sekiranya benar angka yang dinyatakan oleh Reuters dalam laporan itu, lebih RM250 juta dari jumlah itu adalah dari iklan-iklan scam, judi dalam talian,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media pasca Mesyuarat Kabinet, hari ini.

Menurut laporan Reuters, kira-kira 10 peratus pendapatan tahunan syarikat itu melalui iklan berbentuk scam, penipuan dan barangan yang diharamkan.

Fahmi berkata, beliau pernah menyatakan secara terbuka mengenai anggaran jumlah keuntungan diraih Meta dari Malaysia pada tahun 2023, yang dipercayai berjumlah kira-kira RM2.5 bilion.

“Setakat ini kita tidak melihat apa-apa kenyataan yang memberangsangkan dari pihak Meta.

“Malah cuma penafian bahawa angka-angka itu tidak, bukan dalam konteksnya yang sebenar, tapi ini tidak memadai,” katanya.

Sumber: Bernama

Jangan Terlepas Berita Sahih! ⚡

Ikuti detik360 di pelbagai platform media sosial untuk laporan terpantas terus ke telefon anda.

SERTAI WHATSAPP
SELEPAS

SEBELUM

×
RINGKASAN ARTIKEL

Ringkasan Artikel

⚡ Dijana oleh AI Detik360

    IKLAN