Terkini

8/recent/ticker-posts

Header Ads Widget

Pelajar perempuan berusia 15 tahun dilaporkan hilang sejak Rabu lalu

Add detik360 on Google
Dapatkan lebih banyak liputan berita sahih dan telus daripada detik360 dengan menambah kami sebagai sumber pilihan di Google.

NILAI - 7 November, Seorang pelajar perempuan, Noor Arlyana berusia 15 tahun dilaporkan hilang selepas kali terakhir dilihat di kediamannya di Taman Nilai Perdana di sini, Rabu lalu.

Noor Arlyana dilaporkan hilang selepas kali terakhir dilihat di kediamannya di Taman Nilai Perdana, Rabu lalu.

Ketua Polis Daerah Nilai, Superintenden Abdul Malik Hasim berkata, pihaknya menerima laporan mengenai kehilangan remaja berkenaan, Noor Arlyana Khairul Alief pada Khamis jam 8.58 pagi di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Nilai.

"Kali terakhir dia dilihat berada di Blok 7, G6, PSN Nilai Perdana sekitar jam 11 malam pada 5 November sebelum disedari tidak pulang ke rumah.

"Remaja itu mempunyai ketinggian 150 sentimeter, berkulit sawo matang dengan berat badan dianggarkan 50 kilogram," katanya.

Menurutnya, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan mangsa dimohon tampil ke balai polis berdekatan atau berhubung terus di Bilik Gerakan IPD Nilai ditalian 06-7904389 atau menghubungi Pegawai Penyiasat Kes, Inspektor Raid Aiman Norzamri di talian 019-4440996 bagi membantu siasatan berhubung dengan kes. - Sinar Harian

Jangan Terlepas Berita Sahih! ⚡

Ikuti detik360 di pelbagai platform media sosial untuk laporan terpantas terus ke telefon anda.

SERTAI WHATSAPP
SELEPAS

SEBELUM

×
RINGKASAN ARTIKEL

Ringkasan Artikel

⚡ Dijana oleh AI Detik360

    IKLAN