Terkini

8/recent/ticker-posts

Header Ads Widget

Peniaga tudung maut motosikal ditunggang terbabas ketika elak lembu melintas

Add detik360 on Google
Dapatkan lebih banyak liputan berita sahih dan telus daripada detik360 dengan menambah kami sebagai sumber pilihan di Google.

LANGKAWI - Seorang peniaga tudung maut selepas motosikal yang ditungganginya terbabas ketika cuba mengelak seekor lembu yang melintas jalan dalam kejadian di Jalan Ulu Melaka di sini pada malam Jumaat.

Peniaga tudung maut motosikal ditunggang terbabas

Seorang peniaga tudung maut dalam kemalangan di Jalan Ulu Melaka, Langkawi selepas motosikal ditungganginya terbabas ketika cuba mengelak lembu melintas. Gambar kecil: Siti Sarah Hana

Mangsa, Siti Sarah Hana Mohamad Subri, 23, disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan di bahagian kepala.

Ketua Polis Daerah Langkawi, Asisten Komisioner Khairul Azhar Nuruddin berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung kemalangan tersebut kira-kira jam 11.40 malam.

"Hasil siasatan awal mendapati mangsa menunggang motosikal dari arah Ulu Melaka menghala ke Ayer Hangat sebelum hilang kawalan dan terbabas apabila cuba mengelak lembu yang melintas dari bahu jalan sebelah kiri ke kanan.

Siti Sarah Hana

Mangsa: Siti Sarah Hana

"Akibat kejadian itu, mangsa terjatuh dan mengalami kecederaan parah di kepala. Mangsa memakai topi keledar ketika kejadian dan jenazah telah dibawa ke Unit Forensik Hospital Sultanah Maliha untuk bedah siasat," katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Menurut beliau, mangsa berasal dari Kampung Seberang Terus, Kota Kuala Muda dan memiliki lesen memandu sah sehingga Januari 2026. Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sumber: Sinar Harian

Jangan Terlepas Berita Sahih! ⚡

Ikuti detik360 di pelbagai platform media sosial untuk laporan terpantas terus ke telefon anda.

SERTAI WHATSAPP
SELEPAS

SEBELUM

×
RINGKASAN ARTIKEL

Ringkasan Artikel

⚡ Dijana oleh AI Detik360

    IKLAN