Terkini

8/recent/ticker-posts

Header Ads Widget

Raja Bahrain raikan Sultan Ibrahim pada Majlis Santapan Negeri di Istana Sakhir

Add detik360 on Google
Dapatkan lebih banyak liputan berita sahih dan telus daripada detik360 dengan menambah kami sebagai sumber pilihan di Google.

MANAMA: Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim akan diraikan pada Majlis Santapan Negeri yang dianjurkan oleh Raja Bahrain, Raja Hamad bin Isa Al Khalifa di Istana Sakhir malam ini.

Raja Bahrain raikan Sultan Ibrahim pada Majlis Santapan Negeri di Istana Sakhir
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim disambut mesra oleh Raja Bahrain Raja Hamad bin Isa Al Khalifa (depan, kanan) sebaik keberangkatan tiba di Pangkalan Udara Sakhir di sini pada 3.40 petang waktu tempatan (8.40 malam waktu Malaysia) bagi memulakan lawatan negara selama tiga hari ke Bahrain. - Foto BERNAMA

Majlis pada sebelah malam itu akan dimulakan dengan acara tertutup khusus untuk kerabat diraja pada jam 7.30 malam (12.30 tengah malam waktu Malaysia).

Sultan Ibrahim akan diiringi oleh kerabat Diraja Johor termasuk Tunku Temenggong Johor, Tunku Idris Iskandar Al-Haj; Tunku Panglima Johor, Tunku Abdul Rahman Al-Haj; dan Tunku Putera Johor, Tunku Abu Bakar Al-Haj.

Majlis Santapan Negeri itu turut disertai Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin; Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara Tan Sri Dr Azmi Rohani; Ketua Setiausaha Kementerian Luar Negeri Datuk Seri Amran Mohamed Zin; dan Duta Besar Malaysia ke Bahrain Datuk Shazryll Zahiran.

Acara rasmi pada malam itu merangkumi bacaan ayat suci al-Quran di Bilik Majlis Negara, diikuti ucapan oleh Raja Hamad dan Sultan Ibrahim.

Sultan Ibrahim tiba di sini semalam, selepas menyempurnakan lawatan negara empat hari ke Arab Saudi.

Ini adalah lawatan negara keenam Sultan Ibrahim ke luar negara, selepas Singapura, China, Brunei, Russia dan Arab Saudi, sekali gus menjadi detik bersejarah hubungan Malaysia–Bahrain sebagai lawatan diraja pertama sejak 1974. – BERNAMA

Jangan Terlepas Berita Sahih! ⚡

Ikuti detik360 di pelbagai platform media sosial untuk laporan terpantas terus ke telefon anda.

SERTAI WHATSAPP
SELEPAS

SEBELUM

×
RINGKASAN ARTIKEL

Ringkasan Artikel

⚡ Dijana oleh AI Detik360

    IKLAN