Terkini

8/recent/ticker-posts

Header Ads Widget

Suami maut motosikal langgar lori selepas berpatah balik ambil susu anak

Add detik360 on Google
Dapatkan lebih banyak liputan berita sahih dan telus daripada detik360 dengan menambah kami sebagai sumber pilihan di Google.

KUALA LUMPUR: “Suami saya sebenarnya dah balik awal tapi disebabkan susu anak tertinggal di tempat kerja, dia patah balik ambil susu itu,” luah Nur Mas Idayu Buyung, 28.

Suami maut motosikal langgar lori

Motosikal mangsa langgar lori rosak berhenti di bahu jalan. – Foto ihsan Thread @Whymas

Beliau kehilangan suaminya, Muhammad Amir Mohd Alowi, 28, dalam kemalangan di Jalan Lingkaran Tengah 2 (MRR2) arah Kepong ke Batu Caves, malam tadi.

Dalam perkongsian di aplikasi Threads, wanita itu berkata, sebelum kejadian, suaminya yang bekerja sebagai Polis Bantuan di Besraya, meminta supaya dia memasak sotong goreng kunyit untuk makan malam, namun tidak sempat menjamahnya kerana terbabit dalam nahas semasa pulang dari tempat kerja.

“Rupa-rupanya suami saya tak makan sebab dia syahid waktu balik kerja. Suami saya sebenarnya dah balik awal, disebabkan susu anak tertinggal di tempat kerja, jadi patah balik ambil susu anak,” katanya.

Suami maut motosikal langgar lori

Katanya, suaminya meninggal dunia di lokasi kejadian dengan wajah tenang seolah-olah sedang tidur, malah barang dan pakaiannya turut dipenuhi tumpahan susu anak.

“Sedekahkan al-Fatihah buat suami saya tau. Suami saya meninggal di tempat kejadian. Muka dan badan suami penuh dengan tumpahan susu anak. Alhamdulillah suami saya kemalangan tapi keadaannya sempurna seperti tidur,” katanya.

Sumber: Kosmo! Online

Jangan Terlepas Berita Sahih! ⚡

Ikuti detik360 di pelbagai platform media sosial untuk laporan terpantas terus ke telefon anda.

SERTAI WHATSAPP
SELEPAS

SEBELUM

×
RINGKASAN ARTIKEL

Ringkasan Artikel

⚡ Dijana oleh AI Detik360

    IKLAN