Terkini

8/recent/ticker-posts

Header Ads Widget

[Video] ‘Terima kasih doktor sebab selamatkan nyawa anak saya’

Add detik360 on Google
Dapatkan lebih banyak liputan berita sahih dan telus daripada detik360 dengan menambah kami sebagai sumber pilihan di Google.

Tindakan seorang doktor pakar pediatrik yang menyelamatkan seorang wanita ketika mengalami detik cemas dalam pesawat Malaysia Airlines MH2574 dari Kuala Lumpur ke Miri pada 1 November lalu mencuri perhatian pengguna media sosial.

‘Terima kasih doktor sebab selamatkan nyawa anak saya’
Video tangkap layar Instagram tindakan pantas seorang doktor menyelamatkan seorang penumpang ketika mengalami detik cemas dalam pesawat Malaysia Airlines MH2574

Menerusi perkongsian di Instagram oleh pengguna @citichaserpickleball, wanita berkenaan dilaporkan memerlukan bantuan kecemasan kesihatan ketika penerbangan sebelum dibantu oleh Dr. Chung Ghi Waie, pakar pediatrik dari Selesa Pacific Hospital, Miri, Sarawak.

Tindakan pantas beliau berjaya menstabilkan keadaan mangsa di ruang udara pada ketinggian 30,000 kaki tanpa peralatan lengkap, sebelum pesawat selamat mendarat di Lapangan Terbang Miri.

Menurutnya, Dr. Chung baru pulang bercuti dari Jepun, namun tetap tenang bertindak apabila kru kabin mengumumkan berlaku kecemasan perubatan dalam pesawat.

Perkongsian tersebut mendapat pujian ramai pengguna media sosial yang rata-ratanya berterima kasih dan menyifatkan sikap beliau sebagai contoh teladan.

“Beginilah sepatutnya kehidupan. Kalau ada yang memerlukan bantuan, kita kena hulurkan tangan dan bantu seikhlas hati,” komen @Kristoffer Ivan.

“Terima kasih kepada kru kerana bertindak pantas untuk hubungi bantuan perubatan,” kata @Luca-dante.

“Terima kasih banyak doktor sebab membantu pada saat genting dan selamatkan nyawa anak saya. Syukur kepada Tuhan,” komen @Jencver

Jangan Terlepas Berita Sahih! ⚡

Ikuti detik360 di pelbagai platform media sosial untuk laporan terpantas terus ke telefon anda.

SERTAI WHATSAPP
SELEPAS

SEBELUM

×
RINGKASAN ARTIKEL

Ringkasan Artikel

⚡ Dijana oleh AI Detik360

    IKLAN