Terkini

8/recent/ticker-posts

Header Ads Widget

Warga emas 110 tahun nikahi gadis 27 tahun, perbezaan usia jadi tumpuan

Add detik360 on Google
Dapatkan lebih banyak liputan berita sahih dan telus daripada detik360 dengan menambah kami sebagai sumber pilihan di Google.

JAKARTA – Seorang warga emas berusia 110 tahun di Indonesia menjadi perhatian ramai selepas berkahwin dengan seorang gadis berumur 27 tahun, menurut laporan portal Lambe Turah.

Warga emas 110 tahun nikahi gadis 27 tahun, perbezaan usia jadi tumpuan
Pengantin lelaki melafazkan akad nikah di hadapan tok kadi beberapa hari lalu. - TikTok

Perbezaan usia sekitar 83 tahun tidak menjadi penghalang bagi pasangan dari Sinjani, wilayah Sulawesi Selatan ini, untuk melangsungkan majlis perkahwinan mereka.

Video rakaman yang dimuat naik di TikTok melalui akaun @officiallambeturah menunjukkan pengantin lelaki mengucapkan akad nikah di hadapan tok kadi.

@officiallambeturah semoga langgeng ya Pakde🙏🏻🤭 #lambeturah #fyp #Viral #tiktoktrending ♬ suara asli - lambe turah official

Majlis perkahwinan itu diadakan secara sederhana, dengan kedua-dua pengantin mengenakan pakaian biasa tanpa sebarang hiasan mewah.

Klip video tersebut meraih lebih 73,000 tontonan di media sosial dan menimbulkan pelbagai reaksi daripada pengguna.

“Jodoh tidak mengenal usia,” tulis seorang netizen.

Seorang pengguna media sosial lain berkongsi rasa terkejutnya: “Saya ingat saya tak laku, rupanya terlalu pandang rupa.”

– AGENSI

Jangan Terlepas Berita Sahih! ⚡

Ikuti detik360 di pelbagai platform media sosial untuk laporan terpantas terus ke telefon anda.

SERTAI WHATSAPP
SELEPAS

SEBELUM

×
RINGKASAN ARTIKEL

Ringkasan Artikel

⚡ Dijana oleh AI Detik360

    IKLAN