Terkini

8/recent/ticker-posts

Header Ads Widget

Gara-gara cuba meleraikan persengketaan, lelaki cedera dikelar pisau

Add detik360 on Google
Dapatkan lebih banyak liputan berita sahih dan telus daripada detik360 dengan menambah kami sebagai sumber pilihan di Google.

KUALA LUMPUR: Gara-gara cuba meleraikan persengketaan, seorang lelaki cedera pada bahagian kepala, muka dan tangan akibat dikelar dengan pisau.

Gara-gara cuba meleraikan persengketaan, lelaki cedera dikelar pisau
Tangkap layar kejadian kelar di Metro Pudu pada Rabu lalu.

Kejadian yang berlaku di sekitar Metro Pudu, Wangsa Maju, pada 5 November lalu itu melibatkan mangsa berusia 21 tahun.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Mohamad Lazim Ismail berkata, serangan itu berpunca daripada salah faham antara rakan mangsa dan suspek.

“Suspek juga melarikan barangan milik rakan pengadu semasa kejadian. Kes disiasat mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan,” katanya kepada media hari ini.

Bagaimanapun, polis telah memberkas empat suspek lelaki berusia lingkungan 16 hingga 23 tahun di sekitar Kuala Lumpur, Selangor dan Johor.

Kesemua mereka telah direman selama tujuh hari bermula 6 November dan siasatan lanjut masih giat dijalankan.

Terdahulu, tular video berdurasi 23 saat yang memaparkan keadaan mangsa cedera di bahagian kepala, muka dan tangan akibat serangan tersebut.

Jangan Terlepas Berita Sahih! ⚡

Ikuti detik360 di pelbagai platform media sosial untuk laporan terpantas terus ke telefon anda.

SERTAI WHATSAPP
SELEPAS

SEBELUM

×
RINGKASAN ARTIKEL

Ringkasan Artikel

⚡ Dijana oleh AI Detik360

    IKLAN